Ini masalahnya kalau asyik nak redah main retorik dan sentimen hingga
tidak tengok kiri kanan.Dicelah-celah polimek mengenai hajat Datuk Nik
Aziz Nik Mat kata negeri Kelantan nak terus juga laksana hukum
hudud,Sabtu Majlis Peguam sendiri bersuara.
Pandangan Majlis Peguam tentunya boleh buat Menteri Besar Kelantan
itu tidak sedap badan setelah DAP sendiri berkeras tidak berganjak
menentangnya seperti yang telah diluahkan oleh Karpal Singh dan Lim Guan
Eng.
Presiden Majlis Peguam ,Lim Chee Wee dalam satu kenyataan meminta
semua pihak supaya menghentikan retrotik masing-masing mengenai
pelaksanaan hukum hudud.
Ia lebih hangat lagi bila ada pihak di Kelantan main dakwa saja ia
boleh dilaksanakan di negeri itu kerana rakyatnya sendiri yang mahu.
Kata Chee Wee hudud tidak boleh dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ketika ini.
Menurut beliau hukum Hudud, yakni undang-undang keseksaaan, tertakluk di bawah bidang kuasa Parlimen.
"Undang-undang
seperti sedia ada tidak membenarkan pelaksanaan Hudud oleh
negeri-negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri
menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar
Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan,"
katanya.
Lim berkata kesalahan-kesalahan itu tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan bidang kuasa kerajaan pusat.
'Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam
lingkungan undang-undang persekutuan dengan tahap hukuman yang berbeza
hanya bagi orang Islam," katanya.
Lim berkata hukum Hudud, jika
dilaksanakan di Malaysia, hanya untuk orang Islam dan tidak untuk
bukan-Islam menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan
Persekutuan.
"Seorang Islam juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau
sabitan kesalahan berbeza - satu di bawah Hudud dan satu lagi di bawah
Kanun Keseksaan, bercanggah dengan Artikel 7(2) Perlembagaan
Persekutuan," katanya.
Apa yang menjadi persoalan jika negeri-negeri secara individu tidak
boleh laksanakan dan di pusat pula ( kalau pun pakatan pembangkang
berkuasa) pasti DAP akan tentang. KLIK : DAP TETAP TOLAK HUDUD.
Jadi apa tujuan Nik Aziz membangkitkannya semula?
Ini lebih-lebih lagi setelah PAS dimuktamarnya sudah menukar slogan negara Islam kepada negara kebajikan.
PAS sendiri cukup tahu realiti keadaan di Malaysia yang mempunyai masyakakat majmuk. Jika tidak mana mungkin parti itu mahu menukar slogan yang selama ini
menjadi bahan yang dijajanya setiap kali menjelang pilihanraya.
Malah ia sendiri kalut cuba mengejar undi orang bukan Melayu hingga mengadakan slogan PAS For All.
Kata orang faham-fahamlah ia tidak lebih dari retorik politik
Musyridul Am PAS itu yang mungkin pedih telinga mendengar soksek di
kalangan parti sendiri yang terasa ia sudah lari dari landasan
perjuangan asal.
“Ia tak lebih dari cubaan coverline saja,”kata seorang pemerhati politik.
Petros-Petronas spat is far from resolve
-
Upon the demise of Allahyarham Tun Pehin Seri Taib Mahmud in February 2024,
open and frank conversation over Sarawak rights on its oil and gas under
Chi...
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota
-
*Bercukur la para pengikut umdap kerana tuhan politik dapig mereka dah mula
bekerja menawan hati pengundi cina. Kiranya atas kertas macam umdap dan
se...
BN UMUM CALON SABTU INI
-
BN UMUM CALON SABTU INI KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan
mengumumkan 28 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) Melaka pada j...
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah
-
*NEWS:*
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana
Neg...
SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH?
-
PPBM dan umumkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin akan mempertahankan kerusi
Parlimen Pagoh. Berbanding nama-nama besar lain dalam PAKATAN yang melompat
ke kerus...
AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017
-
Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai
iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima
rakyat ...
Pemimpin ....
-
Pemimpin yang baik akan disayangi dan dicintai oleh orang dibawahnya.
Setiap pemimpin perlu mengetahui suatu proses aliran yang wujud dalam
kepimpinannya...
0 comments:
Post a Comment