Cher Ting juga turut mengatakan Pengerang pada masa ini sebagai sebuah pelabuhan kecil yang menggambarkan keindahan suasana di tepi pantai. Tetapi apabila mengikut rentak pembangunan negara ini, kampung kecil yang begitu indah mungkin akan mengalami kepupusan. Selanjutnya Cher Ting mengatakan industri petrokimia ini sepatutnya dibina di Taiwan tetapi mendapat bantahan rakyat di sana dan mereka memindahkan industri tersebut ke Malaysia.
Dari gaya bahasa yang di paparkan, wartawan tersebut cuba membawa pembaca membayangkan suasana kampung yang indah permai bakal dihapuskan kerana pembangunan yang dibawa oleh pemerintah iaitu BN/UMNO. Yang menjadi tanda tanya ialah ketidakpekaan Cher Ting dalam mengambarkan suasana sebenar yang sedang berlaku.
Menurut temubual bersama penduduk kampung ialah, pembangunan tersebut bakal memacu ekonmi negara ke arah satu tahap yang membanggakan khusus buat rakyat Johor dan Pengerang. Mereka mengatakan suatu ketika dahulu Pengerang lebih dikenali sebagai 'daerah buangan'. Semasa kempen-kempen ceramah sebelum ini. pembangkang mempertikai kononnya tiada pembangunan yang di bawa di Pengerang. Tetapi apabila kerajaan cuba meningkatkan taraf ekonomi penduduk yang rata-rata bergantung hidup sebagai nelayan, mereka yang sama juga bangkit untuk membangkang.
Cuma pada kali ini, mereka cuba berselindung di belakang nama pelbagai NGO yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Pengerang juga sebelum ini terkenal sebagai laluan masuk untuk pendatang tanpa izin yang mengunakan ratusan 'laluan tikus' yang wujud disebabkan tekong laut dan darat yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan. Dengan kehadiran projek pembangunan ini, sudah tentu ia bakal merencatkan aktiviti 'mereka'-mereka' yang berselindung atas nama nelayan.
Dan yang paling mengecewakan, mereka yang membawa suara pembangkang ini, bangit kononnya pembangunan ini bakal mencemarkan alam sekitar dengan radiasi dan kesan radioaktif yang terhasil dari loji yang bakal dibangunkan itu. Tetapi sebelum ini, ketika rata-rata penduduk menghidu udara yang bercampur minyak, hasil dari pembuangan sisa minyak secara haram oleh kapal-kapal yang dagang yang berlabuh, langsung tidak kedengaran mereka membangkitkan kesan alam sekitar terhadap bumi Pengerang.
Tidak pula timbul isu, alam sekitar yang tercemar, kerosakan eko-sistem laut, dan kepupusan lobster dan sumber ikan yang menjadi punca pencarian penduduk. Ternyata isu yang dibangkitkan ini sebenarnya mempunyai agenda lain yang tersembunyi. Apa yang dibangkitkan bukan untuk perjuangan rakyat, tetapi lebih kepada perjuangan untuk kepentingan individu tertentu.
Persoalannya, apakah watawan tersebut tahu akan cerita sebenar atau sengaja menyembunyikan dan cuba bermain sentimen semata-mata untuk kepentingan setengah pihak.
Sumber: http://johor-online.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment