#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 June 2012

TERKINI: Cubaan fitnah oleh pembangkang terhadap DS Najib. Klik baca sini!

PKR hari ini mendakwa wujudnya penyelewengan di dalam pemberian kontrak pembinaan LRT Ampang.  Dakwanya konon Perdana Menteri campurtangan dalam proses untuk menawarkan kontrak projek membina sambungan LRT Ampang bernilai hampir RM1 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Strategiknya , Rafizi Ramli mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bagi menguatkan dakwaan tersebut.

Susulan itu satu laporan polis telah dibuat pagi semalam bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya menyiasat perkara tersebut.

Fuhh!!! Gempak Pengarah Strategi PKR ,Rafizi Ramli bukan main hebat lagi. Dakwanya ini macam kes ala-NFC. Kali ini libatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Campurtangan ini,dakwanya menyebabkan syarikat George Kent yang tidak tidak masuk senarai Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) akan ditawarkan kontrak berkenaan.

Sebaliknya Prasarana dikatakan rekomen PDA Constrtium,sebuah syarikat Korea Selatan.

Setakat ini kontrak berkenaan belum ditawarkan lagi.

Setelah Rafizi mengadakan dua sidang akhbar mulai 22 Jun lalu lengkap dengan beberapa dokumen yang dakwanya diperolehi untuk membuktkannya, pihak media KLIK berpeluang untuk bertanya sendiri Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di PWTC Jumaat malam.

DS Najib nampak relaks saja menafikan dakwaan itu bila diajukan soalan mengenainya.

Jawabnya ringkas," semuanya dibuat ikut prosedur...tiada ada perkara seperti (didakwa) itu "


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.