#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 June 2012

Baca ni! Bila sukar tumbangkan BN... Cara kekerasan menjadi pilihan pembangkang?


Hanya Kekerasan Sahaja Boleh Tumbangkan Kerajaan

NAMPAKNYA banyak pihak dalam Pakatan Rakyat terutama PKR sudah mula bersependapat bahawa sukar sekali untuk menumbangkan kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang. Ini setelah mengambil kira pelbagai faktor semasa yang menunjukkan peluang untuk menang itu amat sukar terutama di kawasan luar bandar Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Maklumat ini terdedah dalam beberapa mesyuarat PKR yang diadakan baru-baru ini bahawa kerajaan negara ini sukar ditumbangkan melalui jalan pilihanraya sebaliknya hanya boleh ditumbangkan kalau keganasan tercetus, malah disebutkan juga dalam mesyuarat sama mengenai kebarangkalian pertumpahan darah - jika keadaan benar-benar mendesak.

Antara langkah yang dicadangkan ialah dengan menyeru rakyat bangkit menentang keputusan pilihanraya jika keputusan itu nanti benar-benar tidak menyebelahi Pakatan Rakyat sehingga membawa kepada perlaksanaan undang-undang darurat.

Sebab itu kalau kita lihat mutakhir ini, pemimpin Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa peralihan kerajaan akan berlaku secara aman, tapi tidak menjamin apa-apa jika keputusan sebaliknya berlaku. Yang dijamin ialah keamanan kalau berlaku peralihan, itu pasti.

Disebutkan juga bahawa media-media asing juga sudah dibiasakan dengan keadaan perkembangan politik di Malaysia dan kalaupun kekerasan itu tercetus, ia bukanlah satu perkara yang boleh mengejutkan dunia. Kita yakin media-media asing ini akan lebih menyebelahi rakyat kerana mereka sendiri maklum dengan manipulasi pilihanraya di Malaysia.

Menurut sumber lagi, Pakatan Rakyat sudah punya platform yang mampu menarik ramai orang untuk hadir seperti Bersih dan Gerakan Anti Lynas. (Apa kaitan himpunan aman ini dengan keganasan, penulis kurang pasti).


Di serata dunia, seperti Indonesia di zaman pemerintahan Suharto tahun 1998 dulu dan apa yang berlaku di negara-negara Arab baru-baru ini, menunjukkan hanya kuasa rakyat di jalanan sahaja yang mampu menumbangkan kerajaan, bila proses pilihanraya dimanipulasi untuk kepentingan pemerintah.

Kalau kita memilih jalan yang sama pun, ia dilihat sebagai mengikut trend dunia semasa dan tidak ada tuduhan jenayah yang boleh dikaitkan. Sebaliknya tindakan kerajaan yang menyekat atau menghancurkan gerakan rakyat ini pula yang lebih mendapat kecaman.

Bila sudah disebut dan diminitkan dalam mesyuarat, maka sudah pasti perkara ini benar-benar serius.

Secara peribadi, penulis masih merasakan Pakatan Rakyat masih mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pilihanraya akan datang dengan cara aman. Menimbulkan kekecohan sehingga menyebabkan parlimen digantung dan darurat diumumkan, adalah langkah terakhir yang boleh dilakukan.

Nak mencetuskan kekacauan bukannya susah, apatah lagi bila penulis lihat kempen membenci UMNO dan kerajaan BN dikalangan generasi muda di laman-laman sosial seperti Facebook sudah dimulakan sekian lama. Hanya menunggu sebab sahaja, maka gerakan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa.

Apa sekalipun, suka nak ditegaskan disini bahawa penulis cintakan keamanan dan sangat berharap bahawa cadangan ini adalah perkara terakhir yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya kita tewas dalam pilihanraya umum akan datang. Banyak saluran lain yang boleh digunakan, antaranya mengemukakan petisyen di Mahkamah.

Sumber: freemalaysiakini2.com

ARTIKAL BERKAITAN... KLIK DI BAWAH: 

KLIK UNTUK ARTIKAL TERDAHULU DI BAWAH:

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.