Meninggikan syiar Islam adalah perjuangan mulia yang perlu dikekalkan dalam Negara kita. Umat Islam hendaklah menjadi peneraju, juara dan pejuang agama kita yang suci. Pendekatan Wasatiyyah adalah dipilih oleh Kerajaan kerana ianya satu pendekatan yang sederhana dan berimbang, tidak melampau dan tidak pula cuai dan longgar.
Pendekatan ini adalah satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara berdasarkan ajaran Islam yang syumul iaitu merangkumi tuntutan jasmani (fizikal), rohani (spiritual) dan aqli (minda).
Ini bererti, Islam adalah merupakan satu cara hidup yang lengkap dan sempurna ( a complete way of life ) merangkumi keseluruhan kehidupan manusia.
Islam adalah akidah, syariah, akhlak dan juga mengandungi aspek pembangunan dan ketamadunan. Pada masa yang sama, hak kebebasan penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka tetap terjamin dalam Perlambagaan Persekutuan.
Umat Islam kini tidak cukup dengan hanya bernostalgia dengan kecemerlangan zaman lampau sahaja, malah mereka hendaklah menjadi umat contoh dan terbilang (khaira ummah) dalam mencipta sejarah dan membina tamadun.
Untuk membena personaliti terbilang sebagaimana zaman kegemilangannya, penguasaan kedua-dua ilmu wahyu dan ilmu aqli hendaklah disemarakkan dan dimantapkan.
Sudah tentu banyak lagi yang perlu kita lakukan bagi mendaki puncak kejayaan supaya kita mencapai ketahap kehebatan Cendekiawan Islam silam. Namun apa yang penting, kita perlu melangkah dan terus melangkah supaya hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini sebagaimana Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Taubah, ayat 105 yang bermaksud:
" Dan katakanlah " Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..."
Petikan dari kertas pembentangan oleh:
YB Dato' Dr. Abdullah bin Md Zin
( Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri )
( Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri )
Pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin - PWTC
Dalam tajuk:
PENDEKATAN WASATIYYAH PENERAJU KEPIMPINAN ISLAM DI MALAYSIA.
-----------------------------------------------------------------------------------
MP kongsikan dari PWTC :
Idea kesederhanaan ( Wasatiyyah ) yang diutarakan oleh YAB PM, Dato' Seri Mohd Najib perlu disokong oleh kita dan masyarakat untuk menjadikan halatuju baru negara bagi merangka strategi kearah mewujudkan keadilan, kesamarataan peluang dan keamanan sejagat.
0 comments:
Post a Comment