#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 June 2012

Pembangkang meroyan bila PM masih tidak istihar tarikh PRU? Baca ni!



Dakwaan pembangkang kononnya tindakkan PM masih berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 hingga ke hari ini disebabkan tidak yakin menang, adalah tuduhan tidak berasas.

DS Najib mengakui, ketika ini tahap sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat dan ia terbukti melalui sambutan diberi orang ramai dalam setiap program mahu pun lawatan.

Jelas beliau, walaupun mendapat sokongan padu, BN tidak mahu bersikap takbur seperti pembangkang sebaliknya mahu menggunakan baki mandat yang ada untuk berkhidmat dan terus membela rakyat melalui pelbagai program yang telah dan bakal diadakan.

Sebaliknya ia demi menghormati mandat selama lima tahun yang diberi rakyat kepada Kerajaan Pusat.

"Bila kita dipilih rakyat untuk tempoh lima tahun, ia amat penting untuk lihat kemampuan BN mentadbir, bangunkan negara dan bela nasib rakyat. Jadi kalau kita buat pilihan raya terlalu awal, kita pendekkan tempoh lima tahun yang diberi rakyat", kata beliau.

Menurut DS Najib lagi, "Tak timbul langsung soal tidak yakin kerana keyakinan kita bersandarkan sambutan rakyat pada setiap lawatan, program, produk baru serta pembaharuan yang diperkenalkan, penerimaan rakyat semakin meningkat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, semalam.

Ditanya apakah beliau yakin jika pilihan raya umum diadakan sekarang BN akan memperoleh kemenangan, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, pihaknya tidak mahu takbur tetapi yakin rakyat akan membuat pilihan tepat berasaskan rekod perkhidmatan, segala janji ditepati serta pembaharuan yang dilakukan kerajaan.


Terdahulu, beliau berkata, sokongan rakyat terhadap lawatan beliau dan Muhyiddin ke seluruh negara sangat memberangsangkan sekali gus memberi petunjuk bahawa keyakinan orang ramai terhadap BN juga semakin kuat dan kukuh.

Sehubungan itu beliau memberi jaminan lebih banyak program mesra rakyat seperti Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) akan diadakan.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, semua ahli BN diingatkan agar jangan menimbulkan sebarangan kenyataan yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau menjejaskan hubungan antara komponen parti.

Sumber: Utusan Online - BN yakin menang PRU-13

Kata MP:
Apabila PM masih tidak lagi mahu umumkan tarikh pilihanraya... Siapa yang tidak yakin, dan siapa yang takut? MP ingat lagi kata-kata ketua pembangkang yang mana akan bertindak untuk tidak mahu membubarkan DUN sekiranya PM mengistiharkan PRU dalam masa terdekat... Dah kenapa pulak macam tu? Pooorah!!!

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.