GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 June 2015

Putus 'Tahaaluf Siyaasi'.. PAS 'baru sedar' DAP tolak Islam?


Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan tanpa bahas usul supaya parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Bagaimanapun Dewan itu mahu PAS kekal dalam Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat.

“Menyedari DAP secara berterusan dan konsisten melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat, Dewan Ulama PAS ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat,” kata Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang berkata demikian ketika menyampaikan usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat.

Usul berkenaan kemudian diterima tanpa bahas apabila 644 perwakilan bangun sebagai tanda bersetuju dengan laungan takbir.

Terdahulu perwakilan Perak, Nor Azli Musa ketika tampil untuk membahaskan usul berkenaan bagaimanapun berkata: “Saya tidak mahu berucap, tapi saya menyeru semua perwakilan dan pemerhati bangun sebagai tanda kita semua bersetuju dengan usul ini, takbir!"

Berikut Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat ke-54 yang bersidang pada 3 Jun 2015/16 Syaaban 1436 H di KUIZM, semalam.

Tahaaluf Siyaasi (Kerjasama Politik) Dengan DAP:

1. Menyedari bahawa DAP sebagai rakan kerjasama politik PAS menerusi Pakatan Rakyat secara rasmi telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Pusat selaku ketua kepada parti.

2. Menyedari juga bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak dan Sabah telah dibubarkan ekoran tekanan daripada DAP.

3. Menyedari bahawa DAP telah melangkaui batasan daripada hanya tidak bersetuju kepada menentang dan mengkritik secara lantang dan keras serta melobi ahli-ahli PAS untuk menolak usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah dikanunkan pada 1993 sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

4. Menyedari bahawa DAP menerusi Lim Kit Siang dalam satu soalan rasmi ke Parlimen bertarikh 18 Mei 2015 melakukan provokasi terhadap usaha PAS Kelantan untuk meminda perlembagaan bagi melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dengan cuba menyifatkannya sebagai bertentangan dengan semangat kenegaraan dan boleh memecah-belahkan negara.

5. Menyedari bahawa DAP secara konsisten dan berterusan menyerang Presiden PAS dengan pelbagai tohmahan dan kutukan.

6. Menyedari bahawa DAP secara berterusan dan konsisten melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

7. Menyedari bahawa DAP telah gagal untuk berpegang kepada prinsip "setuju untuk tidak bersetuju" dalam prinsip dan perjuangan bersendiri setiap parti dalam Pakatan Rakyat seperti perjuangan untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam.

8. Menyedari bahawa antara syarat-syarat Tahaaluf Siyaaasi (kerjasama politik) dengan parti yang tidak berlandaskan Islam mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam serta mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.

9. Menyedari bahawa sebahagian syarat-syarat keharusan kerjasama politik dengan parti tidak Islam telah dilanggar oleh sebahagian ahli PAS antaranya intimak (penggabungan diri) dan walak ahli hendaklah kepada parti Islam.


Maka Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

......................................................................................
#MP:
Sejak mula lagi kita lihat keputusan PAS membuat 'tahaaluf siyaasi' dengan DAP adalah satu keputusan politik yang amat cetek.. PAS seperti tidak mengenali siapa DAP yang sejak dulu memusuhi Melayu dan Islam. Tidak hirau apa orang kata, tolak segala teguran dan pesanan. Berdampinglah macam mana pun, air dengan minyak takkan bisa bersatu. Namun PAS langsung tidak ambil peduli, masih tetap memilih untuk 'ber Tahaaluf Siyaasi' dengan DAP... Jom kita saksi kembali video, apa kata Presiden PAS Haji Hadi Awang
, suatu ketika dulu...



2 June 2015

BRT : Perkhidmatan 'Bas Elektrik' pertama dilancarkan hari ini


Demi keselesaan rakyat Malaysia, melalalui projek pengangkutan awam. Kerajaan melahirkan satu lagi kemudahan baru dinegara ini dan yang pertama di Asia Tenggara iaitu Perkhidmatan Bas Elektrik, Bas Rapid Transit (BRT).

Siang tadi, majlis pelancarannya dirasmikan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penuh gemilang sekali. Kemudahan baru ini akan menggunakan laluan khas sepanjang 5.4 KM yang mana melalui kawasan Bandar Sunway dan USJ.


Kemudahan ini dijangka akan memberi manfaat kepada 500,000 orang penduduk. 

Dalam ucapannya siang tadi, Najib mengumumkan bahawa pengguna akan menikmati perkhidmatan ini secara percuma selama dua bulan...

BRT ini akan melalui tujuh buah stesen disepanjang laluannya iaitu Sunway-Setia Jaya,­ Mentari, Lagoon, Sunmed, Sun U-Monash, South Quay dan USJ 7..Kemudahan pengangkutan awam ini telah menelan belanja sebanyak RM634 juta yang mana dijalankan di bawah konsep perkongsian sektor awam dan swasta melibatkan Prasarana dan Sunway Group Berhad...


Antara keistimewaan yang terdapat dalam perkhidmatan BRT ini ialah mesra orang kurang upaya (OKU) dan ianya menghubungkan pengguna ke kawasan perumahan, premis perniagaan, institusi pendidikan, hospital, pusat beli-belah, stesen Komuter serta Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan landasan khas..kemudahan lain yang terdapat dalam projek BRT ini ialah 1,153 ruang letak kenderaan, laluan pejalan kaki, sistem kamera litar tertutup, kios, lif dan kerusi roda untuk OKU.

Apa yang pentingnya di sini adalah dengan pelaksanaan perkhidmatan ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang..Ini kerana perkhidmatan ini beroperasi daripada 6 pagi hingga 12 tengah malam....

Syabas kerajaan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat kerana berjaya mencetuskan satu lagi projek Tranformasi Pengangkutan Awam sekaligus memertabatkan nama Malaysia.

1 June 2015

#FGV : Felda Salur Bantuan Untuk #PelarianROHINGYA



Kerajaan dan pelbagai pihak serta individu dan beberapa pertubuhan termasuk syarikat perniagaan terus menggerakkan usaha berikan bermacam bentuk bantuan kepada pelarian Rohingya yang berdepan dengan kepayahan bagi meneruskan kehidupan.

Ini termasuklah Felda Global Venture Holding Bhd. (FGV). Mengambil peranan di atas nama kemanusiaan, FGV turut tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kemanusiaan melalui MERCY Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap usaha yang berterusan dalam menjalankan operasi bantuan sekaligus bantu meringankan tanggungan serta beban mangsa yang dilaporkan semakin ramai terkandas membanjiri perairan negara, ketika ini.

Hal ini telah di nyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Mohd Emir Mavani Abdullah melalui kenyataan media yang telah disiarkan melalui laman portal FGV pada 28 Mei, lalu seperti berikut:




KTMB kena patuhi syarat pengoperasian semula 'tran' Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Bukit Abu - SPAD


KTMB Perlu Patuhi Ketetapan Yang Di Peruntukkan Dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010

Penghujung 2014 lalu, pantai timur telah di timpa tragedi banjir luar biasa dan dikatakan antara yang terburuk dalam sejarah negara sejak 1969. Kelantan antara negeri menghadapi keadaan terburuk apabila banjir turut membawa sama lumpur sehingga melenyapkan lebih 1500 buah rumah manakala seluruh negeri itu lumpuh sama sekali.

Bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat, KTMB di laluan pantai timur antara yang paling terjejas dan lumpuh teruk akibat di tengelami banjir dasyat sehingga awal 2015 yang lalu.

Jambatan besi untuk laluan tren di Kemubu putus akibat arus deras
Banyak stesen yang mengalami kerosakan teruk dan terpaksa ditutup kerana dinaiki air dan banjir lumpur, manakala ada sebahagian struktur landasan musnah antaranya jambatan besi untuk laluan tren di Kemubu, hanyut terputus akibat arus deras.

Akibatnya, perkhidmatan itu terpaksa dihentikan serta merta untuk kerja-kerja baik pulih dan dijangkakan mengambil masa dalam tempoh setahun, lamanya. Mungkin akan lebih lama sekiranya melibatkan faktor-faktor lain seperti struktur tanah dan naik taraf kawasan landasan dan diiring dengan penambahbaikan supaya bencana pada masa depan jika berulang tidak melibatkan kerosakan teruk seperti dialami baru-baru ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menganggarkan kerugian lebih RM250 juta akibat kerosakan infrastrukturnya di negeri-negeri Pantai Timur yang dilanda banjir.



Sebelum ini, penduduk setempat menjadikan perkhidmatan rel KTMB sebagai mod pengangkutan awam mereka yang utama.

Namun begitu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil jalan penyelesaian jangka pendek dengan mengadakan perkhidmatan bas henti-henti di beberapa daerah yang terjejas sementara perkhidmatan rel sedang dipulihkan. (KLIKSINI)




Sepertimana yang dinyatakan pihak SPAD melalui kenyataan medianya, baru-baru ini. Pada 21 Mei 2015 lalu, SPAD telah menjalankan pemeriksaan landasan yang terbabit dengan terperinci. 

Lanjutan itu, KTMB telah membentangkan kepada SPAD pada 25 Mei 2015 mengenai kerja baikpulih dengan memberi fokus kepada pemulihan sementara landasan di antara Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Bukit Abu, untuk mengembalikan keadaan landasan kepada tahap selamat bagi penggunaan dan operasi tren.

Kerja-kerja pemulihan sementara landasan tersebut merangkumi kerja-kerja seperti pelebaran semula longkang, pengukuhan struktur landasan dan cerun, selipar kayu dan klip landasan yang baru.

Antara 10 stesen yang rosak teruk akibat dilanda banjir di pantai timur 2014 yang lalu.

Kerja-kerja pembaikan secara keseluruhannya di sepanjang koridor yang terjejas teruk akibat banjir akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2017.

KTMB dengan itu merancang untuk memulakan operasi secara separa sebelum kerja-kerja keseluruhan pembaharuan landasan siap, dengan jaminan bahawa langkah-langkah kawalan yang ketat akan diutamakan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil maklum bahawa KTMB telah mengemukakan perancangan pengoperasian semula perkhidmatan tren antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Bukit Abu; yang dicadangkan akan bermula pada pertengahan bulan Julai 2015, setelah kerja-kerja pemulihan sementara landasan siap dijalankan.

Bagi memastikan langkah-langkah kawalan serta persediaan untuk operasi secara separa dibuat dengan rapi, KTMB perlu mematuhi keperluan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Sejurus itu KTMB harus mengemukakan semula permohonan bagi pembukaan separa landasan serta operasi tren tersebut kepada SPAD setelah kerja-kerja pemulihan dilaksanakan berserta dokumen sokongan dan pengesahan perunding bebas bahawa keadaan landasan telah diperiksa dan selamat untuk kembali beroperasi.

Oleh itu, tarikh bagi pembukaan landasan dan perkhidmatan tren di sektor Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Bukit Abu akan ditentukan oleh SPAD setelah KTMB memenuhi semua kerja pemulihan sementara landasan tersebut serta syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan oleh SPAD.

Sebagai operator yang dilesenkan oleh SPAD, KTMB akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap aspek-aspek keselamatan, penyelenggaraan dan operasi tren.

30 May 2015

FITNAH FELDA : Presiden 'ANAK' Mazlan Aliman Bersalah


Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) diwakili oleh peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Nor Emelia Iszeham, berjaya membuktikan kesalahan dilakukan oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman bersama Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. atas sebab mengeluarkan pernyataan-pernyataan yang berunsurkan fitnah serta berniat jahat bagi merendah-rendahkan imej dan merosakkan reputasi FELDA di mata masyarakat.

Pada 20 Julai 2009, FELDA telah memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku bertajuk "FELDA. Dulu tolong Sekarang Ah Long" dan mendakwa buku yang di terbitkan mereka itu adalah fitnah dengan mengatakan lembaga itu adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

FELDA dalam kenyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan FELDA bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi memerintahkan Mazlan Aliman juga sebagai
 Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dan syarikat buku terbabit, membayar RM350,000 bagi ganti rugi am dan teruk kepada FELDA kerana bersalah memfitnah lembaga berkenaan dalam sebuah buku.

Hakim, Datuk Su Geok Yiam turut memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. membayar kos guaman sebanyak RM150,00 kepada Felda

Selain itu, hakim juga mengarahkan kedua-dua mereka dapat memberikan butir-butir penjualan buku serta membayar keuntungan daripada jualan buku tersebut termasuk faedah 8% dari tarikh buku dijual sehingga tarikh keputusan kepada FELDA.

Hanipa Mahidin sebagai peguam mewakili Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. tidak hadir di Mahkamah untuk mendengar keputusan ini.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.