#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

9 August 2014

#MH17 : Kumpulan Pertama PDRM Selamat Tiba Di Belanda



Kumpulan pertama Pasukan Petugas MH 17 Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 20 pegawai dan anggota selamat tiba di lapangan terbang Eindhoven pada jam 3.30 petang waktu tempatan. 

Kumpulan yang tiba dengan menaiki pesawat tentera milik Belanda dan Australia itu disambut oleh Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan ketua-ketua tertinggi keselamatan kedua-dua negara tersebut dalam satu majlis yang penuh bermakna. 


Dalam majlis sambutan itu, Rutte mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas MH 17 PDRM, Belanda dan Australia di atas kesungguhan serta komitmen yang ditonjolkan dalam menjayakan misi tersebut.

Sejurus selepas itu, pasukan petugas MH 17 PDRM dibawa ke Kedutaan Malaysia di The Haque untuk menikmati sedikit jamuan yang telah disediakan oleh pihak kedutaan. 


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.