#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

3 March 2013

Artis 'tak laku' pujaan PAS meroyan lagi! Baca ni...


Hanya berbekalkan glamor yang dah makin menjunam dalam arena hiburan, Bob Lokman dilihat culas dan pandai mengambil kesempatan sebelum menjadi artis yang 'tak laku' beliau cepat-cepat tukar kerjaya dengan mengambil langkah nekad menyertai parti Pas.

Langkah yang dianggap langkah kanan oleh beberapa kenalan beliau akhirnya menampakkan bahawa semua 'niat awal' beliau kononnya menyertai Pas kerana nak hijrah kepada yang lebih Islam akhirnya kantoi dan terburai niat sebenarnya selama ini.

Dari manusia yang mempunyai beban hutang, masalah khabarnya anak lelaki beliau terlibat dengan salah guna dadah dan masalah tak pedulikan isteri serta masalah suka 'pow' pemimpin UMNO akhirnya dilihat hampir selesai. Beliau dah mula kecapi hidup mewah dan glamor.

Berkereta mewah Alphard dan hidup bukan lagi di rumah yang usang. Menurut sumber, Bob juga pernah mendapat pinjaman peribadi yang tak perlu bayar atau lebih tepat pernah dibantu oleh pemimpin UMNO sebanyak RM 200,000 betul ke ?

Yang paling MI hairan kenapa begitu lambat Bob Lokman mengisytiharkan beliau adalah CICIT kepada Ulama Terkenal Kelantan, Tok Kenali ?

Sejarah Bob Lokman sebagai penceramah Pas tidak pernah ada satu pun yang boleh dibanggakan malah semakin lama semakin dilihat beliau umpama biawak hidup, satu liabiliti pada parti, nak tolak takut nama parti terjejas.

Apa yang pas buat sekarang hanyalah kurangkan penglibatan beliau di pentas ceramah.

Setiap kali Bob Lokman berdiri di pentas ada saja kontrovesi bodoh yang menampakkan beliau amat jahil dan tidak memahami apa itu TAFSIR, apa itu TERJEMAHAN ayat dan apa itu SIRRAH Nabi saw yang dijadikan sandaran mufassirin.

Pendengar, samada dari kalangan ahli parti sendiri mula cuak dan muak dengan gelagat Bob Lokman di pentas yang masih belum hilang 'color' sebagai pelawak dan pelakon. Masih wujud sindrom 'berlakon' dalam setiap ceramah beliau dan cubaan beliau lakonkan watak ALIM tidak pernah menjadi, sebaliknya peluru kebencian mula ditembak balik kepada kewarasan dan kesahihan Bob Lokman mengupas dalam isu agama.

Dulu pernah sekali Bob Lokman cuba mencari nama dengan melakukan provokasi bodoh bila menuduh RAKYAT JOHOR JAHIL AGAMA !

Kini, malam tadi bertempat di Kampung Tiga dan di hadapan hanya 30 orang pendengar ceramah sambil setengahnya pasang rokok surya, Bob Lokman mengeluarkan tafsiran jahilnya lagi ; Bob Lokman turut menyifatkan tindakan kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan segala janji-janji kepada rakyat dalam program itu juga sama seperti perangai iblis .

Bob mengibaratkan program murni itu dengan cerita iblis yang diusir Allah akibat enggan tunduk kepada Nabi Adam lalu meminta supaya diberi peluang melakukan godaan dan hasutan menyesatkan manusia dan janji itu ditepati iblis sehingga kini.

"Di sini saya nak bagi tahu betapa jahatnya Janji Ditepati (program BN) ini. Bila mana iblis tak mahu tunduk kepada Nabi Adam, maka Allah SWT halau dia (iblis) dari syurga. Tapi, boleh dia minta dengan Allah untuk menyesatkan umat manusia yang merupakan anak, cucu, cicit Nabi Adam ini.

"Itu sebablah semenjak hari itu hingga hari ini iblis menggoda dan menyesatkan manusia. Ini menunjukkan dia tepati janji. Jadi apa nak heran kalau tambah lagi seorang buat karnival pulak, lagi jahat dari iblis,'' Tafsiran "permintaan IBLIS yang Allah izinkan" dengan "perlaksanaan janji IBLIS hingga kiamat" di tafsirkan dengan akal lutut Bob Lokman begitu mudah. MI ingin tegaskan, kenapa Alla swt hantar Nabi dan Rasul ?

Apakah Allah mungkiri 'izinNya" pada iblis ?
 
Kenapa Allah tak biarkan saja Iblis sesatkan manusia hingga kiamat dan tiada satupun manusia yang akan mendiami Syurga yang Allah ciptakan.

Mampukah Bob Lokman menjawab persoalan di atas dengan bersandarkan akal lututnya juga ? Tak perlu minta Bob jawab guna Sirrah sebab semua tahu beliau tak pernah belajar setinggi itu !

Bob Lokman hanya dilihat untuk kekalkan populariti dalam parti pas saja kerana beliau dapat rasakan graf glamornya mula menurun disebabkan oleh ramainya artis usang jadi penceramah malah lebih popular darinya.

Angin turut kencang bertiup bahawa Bob Lokman tengah giat melobi nak jadi calon Pas dalam PRU13.

Ayat Bob kena terjemah elok-elok kalau beliau kata beliau tak minat jadi calon walau mendapat desakan dari sahabat handai.

Apa yang MI dengar Bob tengah berusaha mengiakan semua apakata Nik Aziz supaya menampakkan beliaulah orang paling kuat dan kanan dalam menyokong apa juga fatwa Nik Aziz, termasuk fatwa karut dan sesat Nik Aziz mengenai BR1M yang dikatakan umpama HAIWAN atau makanan HAIWAN itu !

Kalau Nik Aziz pun sanggup bekerjasama dengan Syaitan maka tidak hairanlah Bob juga buat tafsiran JANJI YANG KITA TEPATI ADALAH JANJI IBLIS !!

Apakah kita akan hidup berlawan dengan apa yang Bob Lokman katakan..MANUSIA YANG INGKAR JANJI ADALAH INSAN SOLEH ?

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.