Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita asing Reuters dan perisikan Filipina yang menuduh beliau sebagai dalang di sebalik pencerobohan tentera Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, keputusan Anwar yang hanya mahu mengemukakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3 yang memetik laporan Reuters itu sebagai tindakan seorang pengecut.
"Perkara tersebut didedahkan oleh perisikan di Manila dan dilaporkan oleh Reuters. (Jadi) Saya cabar dia saman Reuters dan perisikan Manila," katanya kepada Utusan Online hari ini.
Muhammad Zahid turut mencabar Anwar menjawab soalan-soalan berikut:
- Apakah tujuan sebenar beliau bertemu dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari?
- Adakah Anwar ingin memburukkan hubungan di antara Kuala Lumpur dan Manila?
- Adakah Anwar ingin menjejaskan usaha Malaysia dalam membantu menangani masalah Bangsamoro?
"Saya pasti pertemuan tersebut bukan pertemuan antara dua orang sahabat tetapi lebih dari itu," katanya.
Sementara itu, salah seorang peguam Anwar, N. Surendran ketika dihubungi mengesahkan bahawa tindakan saman akan diambil ke atas Utusan Malaysia yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, tidak berasas dan boleh menggugat keselamatan negara.
Tambahnya, tindakan serupa juga akan diambil terhadap mana-mana media yang mengeluarkan kenyataan fitnah ke atas Ketua Pembangkang itu.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada tindakan serupa akan diambil ke atas Reuters, Surendan hanya menjawab: "We'll see (Kita akan tengok dulu)". - UTUSAN ONLINE
Selanjutnya KLIK :
http://maelpengerang.blogspot.com/2013/03/lahat-datu-13-maut-di-dalangi-anwar.html
0 comments:
Post a Comment