#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

22 September 2014

#MuktamarPAS60 : Jangan ikut telunjuk PKR, DAP!!!


Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 selama tiga hari di Batu Pahat, yang berakhir semalam ternyata menjadi medan ahli-ahli parti itu di peringkat akar umbi meluahkan perasaan geram, marah, sedih dan kecewa terhadap gelagat atau perangai sesetengah pemimpin Pas yang lebih cenderung mengikut apa kata Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tema ucapan dasar Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar tahun lalu yang bertemakan 'Rahmat Untuk Semua' seolah-olah menjadi kenyataan pada tahun ini apabila tercetusnya krisis jawatan Menteri Besar (MB) Selangor. Ia memandangkan konflik itu ibarat satu rahmat untuk ahli-ahli Pas bagi mengenali wajah sebenar sesetengah pemimpin mereka sejak Pas menjalinkan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP.

Berikutan situasi itulah Abdul Hadi memilih tajuk 'Terus beristiqamah' untuk tema ucapan dasar beliau dalam muktamar kali ini kerana sememangnya dalam kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas, ramai yang semakin longgar istiqamahnya dan ada pula yang masih tercari-cari dengan siapa mereka sepatutnya beristiqamah.

Atas sebab itulah muktamar yang berlangsung seolaholah menjadi medan pertempuran bagi mengecam golongan tersebut supaya menghormati adab berjemaah kerana mereka berada dalam parti memperjuangkan Islam.

Ahli-ahli Pas marah dengan sikap sesetengah pemimpin mereka yang menyanggah Abdul Hadi secara terbuka. Mereka kesal dengan perangai PKR dan DAP yang mahu Pas mengikut telunjuk kedua-dua parti itu. Mereka kecewa apabila ulama terus dihina dan mereka benci apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih disanjung berbanding Presiden Pas sendiri.

Bukan sahaja Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dikritik secara terbuka oleh perwakilan Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari kerana membuat kenyataan bertentangan dengan Abdul Hadi tetapi perwakilan juga menjadikan pemimpin-pemimpin yang terlalu 'mengagungagungkan' PKR dan Anwar sebagai sasaran.

Kelompok inilah dilihat membawa 'virus' sehingga menyebabkan golongan ulama yang sudah banyak menaburkan jasa kepada Pas dihina dan diperlekehkan.

Berikutan itulah seorang perwakilan dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas pada Rabu lalu mengingatkan pemimpin dan ahli Pas agar tidak terlalu kagum dengan Anwar sehingga mengetepikan pucuk kepimpinan parti sendiri dan dasar perjuangan Islamnya.




2 comments :

  1. Isu MB Selangor dah nak selesai esok,PAS pulak dilanda krisis.

    ReplyDelete
  2. Ucapan gulingan adi awang berkisar pada barua dan broker dlm parti disamping sogokkan islam ...syurga dan neraka pada ahli pas yang terpekik terlolong mcm disampuk polong....itu jer kebolehan president pas....ternyata cukai gst...isu semasa dan cara meningkat ksn tarah dan economi umat islam tidak disentuh secara mendalam dan kritis...ternyata parti pas low class leadership.....harap kenyang terpekik terlolong jer selama muktamar pas....balik umah keletihan terlolong dan trus tido....ahaksss..

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.