#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

25 August 2014

Kenderaan awam wajar pamir pelekat 'Hotline SPAD'


Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar bersama Ketua Pegawai Eksekutif 
Encik Nur Ismal mrnunjukkan contoh keduduksn Pelekat Hotline pada kenderaan,
Satu pekeliling Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Bil.7 Tahun 2014 telah dikeluarkan yang mana memfokuskan kepada Arahan Mempamerkan Pelekat Nombor Aduan Bebas Tol Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Pada Badan Kenderaan Pengangkutan Awam Darat.

Pekeliling ini adalah wajib dipatuhi oleh kenderaan awam, perkhidmatan kenderaan barangan dan pemegang lesen perkhidmatan kenderaan pelancongan.


Pekeliling ini akan dilaksanakan bermula 30 September 2014 ini dan perkara ini wajar dilaksanakan kerana kenderaan awam merupakan imej kepada negara dimana kebanyakkan pelancong asing turut menggunakannya..pelaksanaan ini sedikit sebanyak akan memberi peringatan kepada para pemandu bahawa mereka sentiasa diperhatikan...

Melalui pengenalan pelekat Hotline ini, setidak-tidaknya akan membantu orang ramai khususnya pengguna jalan raya dapat mengetahui saluran yang betul untuk membuat laporan sekiranya terlihat berlakunya keadaan pemanduan yang merbahaya atau sebarang tindakkan salah dilakukan pemandu di jalan raya.

Berikut ialah kedudukan dan tatacara penampalan Pelekad Hotline SPAD:






Kerjasama orang ramai bagi memantau dan melaporkan sikap para pemandu pengangkutan awam yang tidak mengikut undang-undang dan arahan ini juga diharapkan. Sebarang aduan juga boleh dibuat melalui nombor talian seperti di bawah: 






1 comments :

  1. Punya lah bagus SPAD ni dengan pengiklanan yang tercanggih..siap tampal belakang semua kenderaan awan darat dengan nombor telefon SPAD...Cuba CALL ADA jawapan tak..berpuluh kali...asyik mesin aje yang bercakap...APA PERANAN SEBENAR SPAD NI...CUCITA SIKIT..CAKAP AJE BERDEGAR...DAH NAIK MELUAT....TAN SRI SYED LETAK JAWATAN AJE LAH...DAH JADI BIAWAK HIDUP SPAD NI ADALAH.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.