#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 February 2012

PRU 13: Tolak PR... Rakyat Sejahtera.

Apa yang MP bentangkan disini adalah perkembangan tiga parti yang mengaku berada dalam satu pakatan, tapi ntah dimanakah yang dikatakan 'Pakatan' dan di mana agakya ia sebuah pakatan yang bersatu.

Segala yang MP catatkan di bawah ini, bukan hanya terpampang terlentang di hadapan mata rakyat yang mendokong serta menyokong kerajaan hari ini. Tetapi turut juga di akui dan datangnya dari luahan serta catatan pendapat sesetengah pihak dari kalangan ahli dalaman pakatan mereka.

Apa yang hendak MP perjelaskan disini adalah tentang rentak sikap dan telatah para pemimpin pembangkang, khasnya PAS dan PKR yang seakan berada dalam sebuah lautan yang mereka sendiri tidak sedar di mana hujung dan di mana tepian. Ada kalanya mereka nampak segak, penuh pengertian...penuh persefahaman ditunjukan dengan memakai logo tiga parti... Tetapi ada diwaktu lain mereka dilihat berperang sesama sendiri.

Tindak tanduk yang berlaku di antara mereka lebih menunjukkan akan betapa mereka tidak ada pengertian dan persefahaman sebenarnya. Keadaan itu berbeza dengan apa yang mereka nyalakkan dalam meraih undi rakyat. Kononnya mereka hendak menjadi pembela rakyat dengan mengambil alih tempat UMNO. Mereka melambungkan harapan besar kepada rakyat kononnya merekalah terbaik. Kononnya PRU 13 adalah pilihan raya yang akan merubahkan segala-galanya dan akan terbentuk Malaysia Baru... Jangan mimpi la...


Tetapi malang seribu kali malang, apa yang pastinya di kalangan pemimpin Pas, DAP dan PKR bersandiwara semata-mata... Menabur fitnah merata-rata, mengajak rakyat membuat dosa.

Masing-masing bersikap keakuan dan bercanggah sesama sendiri. Apa dinamakan persefahaman dan nilai politik tinggi sememangnya tidak wujud di antara mereka. Persefahaman hanya di kalangan para pemidato semasa bersama di pentas saja tetapi dari dalam parti masing-masing terus dan tetap dengan agenda lapok dan kepentingan diri terus menebal.

Perkara paling nyata ialah tidak bersependapat dalam setiap menggubal fikiran atau mereka tidak boleh melendikkan pemikiran dan idea yang disampaikan oleh sesama mereka dan minda mereka terus menjadi minda anjing dan minda kucing menjadi kelemahan nyata Pakatan Rakyat yang kekal dan tidak boleh di perbetulkan.

Banyak kejadian dan contoh menunjukkan pemimpin pakatan haram ini yang entah dimana kebijaksanaannya untuk memimpin rakyat juga mentadbir negara. Sikap kepimpinan yang lebih menunjukkan kehebatan diri di perhebatkan daripada mahu bertindak mempersatukan rakyat langsung tiada. Menyalak lebih, habuk pun tarak... Itu lah gayanya.


Siapa lagi yang tidak tahu bahawa ketiga parti itu tidak mempunyai persamaan dalam ideologi perjuangan. Pas dengan Islam ortodoksnya, DAP dengan sosialis demokrat otordoks dan PKR dengan liberalisme ortodoksnya.

Setiap tindak tanduk mana-mana pemimpin dari ketiga parti itu terbukti berbeza. Kalau dihalusi batuk dan berdeham pun berbeza, bukan lagi soal makan dan minum.

Apa yang pakatan pembangkang ini ada? Ntah dimana keistimewaannya. Tidak perlulah nak cuba membanding-banding dengan kerajaan BN yang sedia ada hari ini... Jauh panggang dari api ceritanya.

PAS dengan caranya tetap hendak menunjukkan ia Islam lebih. DAP pula nak menunjukkan dia sosialis lebih dan begitu juga PKR.


Lihat saja lah Anwar, gambarannya jelas dia seorang pemimpin ego, yang sentiasa mahu menunjukkan kehebatan diri. Tidak pandai menjaga diri, sebuk melayan dan membuat kenyataan bersama akhbar asing hanya kerana hendak menunjukkan partinya hebat dan dialah pemimpin bertaraf dunia. Sanggup pula meluahkan kenyataan sokongan terhahap Israel kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ). Inikah pemimpin Islam yang di cari? Hingga Israel yang disebut di dalam al-Quran, bahawa kaum itu jahat pun tergamak dia menyokongnya.

Tak perlulah nak menyalahkan UMNO yang kononnya sengaja menyalah tafsirkan kenyataan Anwar itu. PAS juga ikut sama membatai Anwar. Pas juga membenarkan apa yang diperkatakan oleh UMNO. Jadi dimana hal ini boleh dikatakan UMNO sengaja perbesarkan atas dasar kepentingan politik? Apa pula nak kita katakan kepada PAS?

Tapi... Begitu lah juga sikapnya PAS. Pagi haram, malam halal, siang makruh. Sikap dan pendirian Syura Ulamak tidak konsiten dan istriqamah dan sebenarnya majlis ini memang sudah rosak bersama PAS.


Nik Aziz yang tak sudah-sudah dengan fatwanya yang kadang-kadang boleh menyongsang akidah umat. Sedarlah diri tu... ' Kubur kata mari... Rumah dah kata pergi...'


Terkini, isu valentine day - hari mengingati kekasih. Bergegas Pemuda PAS bangun mencanak membenteraskan maksiat yang berlaku pada hari valentine day. Itu kira ok lah... Yang herannya, kenapa pula Pemuda Pas menukar valentine day ini kepada hari mengingati suami isteri? Bagi MP, pi mai, pi mai tang tu jugak.... Pertukaran itu juga menunjukkan Pemuda ikhtiraf perayaan seharian itu cuma dalam bentuk lain.  Huhhh!!!

Si Karpal Sigh pula bangkit mempertahankan valentine day dan tindakan itu kontras dengan Pemuda Pas. Masing-masing ada hujah dan alasan sendiri dalam hal ini. Tengok lah, kemana nak perginya pakatan haram ini? Berbalah lagi. Pertengkaran yang tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah melainkan sekadar nak tunjuk telor siapa lebih bulat saja. Begitu lah, tak kemana pun...


Kesimpulannya cukup dari kedua contoh keadaan ini, isu Anwar dan Israel dan PAS meminta agar Anwar tarik balik atau saman surat khabar Wall Street Journal dan isu valentine day itu adalah menggambarkan kelemahan dan kecetekan politik pakatan ini. Di mana layaknya pakatan haram ini hendak mengganti UMNO / BN kalau sesama sendiri pun asyik berkekah belah sampai ke ke Subuh, akhirnya rakyat akan duduk melopong.

Ternyata kesudahannya, puak-puak pemimpin yang ada didalam ketiga-tiga parti ini tidak layak untuk memimpin... Apa tah lagi bercita-cita nak menerajui kerajaan negara...


Sebagai rakyat... Renung-renungkan lah.... 
Berpijaklah di bumi yang nyata... Undi BN, rakyat sejahtera.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.