#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

7 February 2012

Ustaz Fathul Bari pula bantai Anwar Ibrahim.. KLIK, Baca sini!

Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang meragukan kerana ia boleh memecahbelahkan umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, perbuatan ketua pembangkang itu menafikan apa sahaja yang diperkatakan setelah perkara tersebut menerima kritikan dan menjadi kontroversi, mengakibatkan kekeliruan kepada orang ramai.


"Kemungkinan orang yang bercakap dalam isu ini (menyokong Israel) tidak bermaksud hendak menyokong, tetapi perkataan dia itu dianggap jelas menyokong.


"Jadi nasihat saya kepada orang yang selalu mengeluarkan kenyataan seperti ini, lebih baik dia tak bercakap. Kalau meragukan atau memecahbelahkan manusia, buat apa dia bercakap," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau Ehsaniah, Kelana Jaya dekat sini hari ini.


Baru-baru ini, Anwar dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongan terhadap semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.


Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.


Menurut Fathul Bari, Islam tidak pernah memberi pengiktirafan kepada agama Yahudi dengan menyatakan sokongan mahupun melakukan perkara yang menggembirakan mereka.


Sementara itu, mengulas mengenai tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah', beliau menjelaskan, ia adalah selaras dengan konsep kebaikan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.


"Sehubungan itu, umat Islam di negara ini perlu bermuhasabah tentang kepentingan untuk bersatu padu.


"Tambahan pula dalam negara kita telah wujud manusia yang cuba memecahbelahkan umat Islam di kalangan mereka sendiri. Maka kita perlu mengorak langkah untuk bersatu padu kembali," ujarnya.

Sumber : KLpos. 

Saksi video di bawah dalam program Soal Jawab TV3 bertajuk “Akidah dan Homoseksual”, 18 Jan, dua orang ahli panel, Harussani dan Fathul Bari dipertontonkan rakaman jawapan Anwar (tanpa soalan wartawan) rakaman dari BBC tersebut.
Rujuk rakaman video TV3, di bawah

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.