Kepimpinan PAS kini dikuasai 72 peratus oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Golongan itu sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.
Itulah kenyataan Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dalam ceramahnya di hadapan kira-kira 3,500 orang, di Bukit Naning malam tadi.
Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.
"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.
Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan PAS, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.
Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang.
Petros-Petronas spat is far from resolve
-
Upon the demise of Allahyarham Tun Pehin Seri Taib Mahmud in February 2024,
open and frank conversation over Sarawak rights on its oil and gas under
Chi...
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment