#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 February 2012

SIRI I: Bukti PAS bukan parti Islam.. Baca lah


PAS GUNA “ISLAM” UNTUK MENGHALALKAN CARA SALAH DAN MERAIH SOKONGAN MELAYU

Pengajaran daripada ayat-ayat surah al-Mukminun ayat 53 dan surah al-Mujadalah ayat 19. Kita dapati PAS mempunyai sekurang-kurangnya 3 sifat sepertimana yang tersebut dalam ayat tersebut.

Antaranya ialah;

1. PAS memperalatkan agama untuk menimbulkan perpecahan.

Iaitu, mereka membuat pelbagai dalil agama untuk menuduh Islam dalam UMNO dan BN sebagai kafir, taghut, jahiliah dan lain-lain, sehingga mengakibatkan kesan terhadap orang lain tidak mahu bergaul dan memusuhi orang-orang Islam yang ada di dalam UMNO dan BN.

2. PAS menerima system politik demokrasi dan politik pilihan raya yang dianggap menyeleweng sebagai saluran menegakkan Islam.

Buktinya, dalam buku AMANAT HAJI HADI di tulis oleh DS Haji Abdul Hadi Awang pada muka surat 23 dan 24, berbunyi; “ Walaupun demokrasi adalah ciptaan Barat bukan Islam, dimana di dalamnya terdapat pelbagai kelemahan dan penyelewengan yang ketara, namun Islam menerima kebebasan dan hak-hak yang diberi oleh demokrasi dan mengambil faedah daripadanya untuk menyuarakan ajaran Islam” Selanjutnya beliau menyambung;     “ PAS tetap menyertai pilihanraya dan menyertai sistem demokrasi…”

Kenyataan Haji Hadi ini bertentangan sekali dengan firman Allah yang bermaksud; “Jangan kamu mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan…” (Surah al-Baqarah ayat 42). Ini menandakan PAS menganut falsafah Mechievalle; “ Matlamat menghalalkan cara”

Bahkan DS Haji Hadi mendakwa pula dengan mengatakan “Islam menerima kebebasan dan hak-hak yang diberi oleh demokrasi,” Dari mana sumber yang mengatakan “Islam menerima sistem tersebut.” Ulama muktabar mana yang mengeluarkan fatwa sehingga Haji Hadi berani mengaitkan kenyataannya dengan Islam. Sedangkan pada awal ayat itu diakuinya sendiri bahawa sistem “demokrasi adalah ciptaan Barat dan terdapat penyelewengan,” Pada akhir ayat dinyatakan pula bahawa Islam menerima sistem yang diciptakan Barat lagi menyeleweng itu.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa kenyataan Haji Hadi member maksud; “Islam menerima sistem yang menyeleweng.” Haji Hadi tidak sepatutnya mengaitkan kenyataannya dengan Islam, kerana ia boleh mengelirukan umat Islam. Tidak semua umat Islam, termasuk para ulama, sama ada ulama dalam Negara ataupun di luar Negara bersetuju dengan pendapat beliau. Sebabnya, pendapat beiau itu lebih kepada pendapat PAS yang dalam keadaan terdesak, lalu “beralaskan atas nama Islam”. Atau dengan kata lain FATWA PAS HANYA UNTUK PAS, BUKAN UNTUK UMAT ISLAM SECARA SECARA UMUM.

PAS jangan cuba menggunakan dan memperalatkan “ISLAM” untuk “menghalalkan cara” dan menghalalkan tindakkan PAS yang bertenangan dengan ajaran Islam. Sebabnya Nabi saw menegaskan bahawa Islam itu jelas, tanpa kabur-kabur atau tanpa boleh dikaburkan oleh sesiapa.

Sabda Nabi saw, maksudnya; “Halal itu jelas dan haram pun jelas, diantaranya ada perkara samar-samar (syubahat) dan tidak semua orang memahaminya. Barang siapa yang menjaga yang samar-samar itu (tidak terlibat dengannya), bererti ia menjaga kesucian dalam beragama dan menjaga kehormatannya…” ( Riwayat Bukhari )

DS Haji Hadi sepatutnya berkata; “PAS menerima sistem yang menyeleweng.” Gantikan perkataan “Islam” dengan perkataan “PAS”, kerana itu lebih tepat, kerana kenyataannya hanya melibatkan orang PAS sahaja, tidak membabitkan dengan orang Islam lain yang di luar PAS.

Datuk Seri Haji Hadi tidak dilantik sebagai wakil untuk bercakap bagi pihak umat Islam, sama ada di Malaysia atau di dunia amnya. Bila DS Haji Hadi mendakwa sesuatu perkara atas nama “Islam” ertinya seolah-olah seluruh umat Islam bersetuju dengan pendapat dan pandangannya. Kecuali hal itu jelas ada keterangan dalam Al-Quran ataupun Hadith atau telah di ijmak oleh para ulama yang ada autoriti. 

Wallahualam... 



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.