Perdana Menteri tidak perlu membuang masa melayan tuntutan tidak berfaedah dari Anwar dan pembangkang untuk berdebat dengannya. Memandangkan cadangan berdebat berkenaan bukan sahaja bertujuan bagi mengalih isu tetapi juga sememangnya strategi pembangkang untuk meraih simpati rakyat.
Sememangnya meraih simpati adalah strategi pembangkang dan Anwar sejak 1998 lagi. Apa sahaja isu yang berkaitan dengan Anwar akan dijadikan modal kononnya beliau adalah mangsa konspirasi politik UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Hakikatnya dalam soal mengajak Perdana Menteri berdebat, pembangkang sudah kehabisan modal dan isu bagi menentang BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Tidak perlulah BN melayan cadangan debat atau apa sahaja desakan pembangkang yang bertujuan menganggu kelancaran BN untuk terus melaksanakan agenda untuk rakyat.
Kerajaan masih mampu memberikan sumbangan RM500 melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia, RM100 untuk pelajar sekolah dan baucer buku RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi di saat-saat pembangkang siang malam menuduh BN tidak pandai menguruskan ekonomi Negara
Pembangkang tidak ada kerja lain, tugas mereka hanya mencari salah kerajaan BN, mereka ibarat berusaha mencari isu di siang hari dan bertempik di pentas-pentas ceramah di malam hari. Oleh itu tidak perlulah BN melayan politik buang masa pembangkang itu. Kenapa perlu melayan satu pihak yang kononnya mampu mentadbir lebih baik tetapi apabila diberi kuasa memerintah beberapa negeri sudah kelam-kabut.
Tindakan melayan pembangkang termasuklah berdebat hanya akan menyebabkan BN masuk ke dalam perangkap pembangkang yang sememangnya mahu parti itu melayan kerenah remeh-temeh mereka agar agenda kerajaan untuk rakyat akan tergendala atau terbantut.
Sudah menjadi sikap pembangkang sejak dahulu lagi, dalam apa hal pun mereka hanya bermodalkan air liur, sebab itulah mereka mudah menabur janji, suka berceramah dan berdemonstrasi.
Ini berbeza dengan pendekatan BN yang melaksanakan segala janji dan tidak akan sesekali mencipta mimpi untuk rakyat seperti pembangkang 'membuai' penyokong-penyokong mereka berhubung impian ke Putrajaya.
Tiada apa yang harus digeruni dengan pembangkang, mereka hanya tahu meraih simpati tetapi tiada visi dan misi.
Perjuangan yang ikhlas demi kesejahteraan rakyat, bangsa, agama dan negara pasti akan menumbangkan perjuangan yang berlandaskan kepada matlamat menghalalkan cara.
Toksah layan laa cabaran debat dgn anwar ni. anwar ni 'kaki pandai bercakap'.., bukan 'kaki buat kerja'. Kerja2 yg Najib buat adalah hujah yg sudah cukup kuat untuk rakyat menilai.
ReplyDeleteKalau dengar anwar bcakap.., dia boleh buat orang yg mendengar percaya,; seolah2 tahi kambing yg dia kumpul pun adalah penawar segala penyakit..
Biar anwar meroyan sorang2...