#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

12 June 2014

Pemindahan 'Kubur Cina' di Pengerang berjalan lancar.



Kerja pemindahan lima tanah perkuburan bukan Islam di Pengerang berjalan lancar dengan kontraktor yang dilantik menggali semula 436 mayat setakat Isnin lepas,

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd Noorazam Osman berkata, kontraktor terbabit, Pengerang Memorial Sdn Bhd (PMSB), menyambung kerja itu Jumaat lepas dan semua tugas dijangka disiapkan menjelang hujung Ogos ini.

PMSB sebelum ini menangguhkan kerja berikutan kekeliruan berhubung kes yang dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada 26 Mei yang membawa kepada perintah sementara untuk menghentikan kerja.

"Pihaknya dimaklumkan pada 5 Jun bahawa Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 19 Jun dan perintah sementara dikeluarkan untuk menghentikan kerja hanya bagi kubur yang terlibat dalam kes mahkamah itu," tambah Noorazam.

Kubur lain di Pengerang tidak terjejas kerana kerajaan mematuhi semua proses perundangan dan pentadbiran dalam melaksanakan tugas berkenaan.Tanah perkuburan terbabit diisytiharkan ditutup pada 15 Januari selepas beberapa peringatan disiarkan dalam akhbar mengingatkan waris supaya mendaftarkan kepentingan mereka.

Menurut beliau lagi, perkuburan lama itu terletak di atas tanah kerajaan dan waris diberi peringatan dan notis yang lebih daripada mencukupi.

Sementara itu, jurucakap PMSB berkata kerja pemindahan itu berjalan lancar hasil kerjasama dan persefahaman waris yang terlibat.Setakat ini, 53 mayat dikebumikan semula manakala 373 lagi dibakar dan abunya disimpan di columbarium (tempat simpan abu mayat) di Bukit Glugor Memorial Park.

Sepuluh lagi mayat dihantar ke luar Pengerang berdasarkan permintaan waris.

"Kami bekerjasama rapat dengan keluarga terbabit untuk mencari penyelesaian sama ada mayat itu dikebumikan semula atau dibakar mengikut kemahuan atau kepercayaan keluarga," kata jurucakap itu. 

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.