#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 April 2011

ANWAR MESTI BERSUMPAH - MUFTI PERLIS.


Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sewajarnya membuat sumpah balas jika benar tuduhan2 yang didakwa itu fitnah semata2

Ini katanya penting bagi membuktikan lelaki di dalam Video Seks yang dibongkar oleh Datuk Eskay itu bukan individu bernama Anwar Ibrahim. Beliau turut berkata sumpah muhabalah yang sewajarnya dilakukan Anwar akan turut membersihkan nama baik pemimpin-pemimpin Islam secara keseluruhan.

Semalam, Datuk Eskay ditemani 2 Trio T iaitu Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim telah membuat pengakuan Sumpah Laknat mendakwa identiti lelaki di dalam Video Seks yang dibongkar olehnya merupakan Anwar Ibrahim. Beliau juga bersumpah merupakan saksi yang berada di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Laman Portal Perak Today telah mengeluarkan 2 kaping gambar di mana Anwar sedang beramah mesra dengan Datuk Eskay. Ia dikatakan bercanggah dengan kenyataan beliau yang katanya tidak pernah mengenali Datuk Eskay.


Sumber: KLpos.com

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.