Trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing.
Saksikan video majlis angkat sumpah laknat yang di lakukan oleh Trio Datuk T dibawah:
Kata Kawan:
Anwar bila lagi? Mungkin ada benarnya Anwar tidak perlu melakukan sumpah laknat ini kerana
kalau rujuk hukum Islam, orang yang mengangkat sumpah dalam hal-hal seperti ini harus bebas daripada dosa besar, tidak pernah minum arak, tidak pernah berzina, sepertimana kata Anwar sendiri semalam. Jadi, Anwar tak payah bersumpah la...ye tak? Heeheeheeee...
Sumpah laknat disebut dalam al-Quran?
ReplyDeleteDR. MOHD. RADZI: Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.
Latar belakang turunnya ayat itu ialah ada satu kabilah Nasara, Bani Najran, di selatan Semenanjung Tanah Arab bertemu Nabi Muhammad. Mereka ingin mendapatkan perlindungan keselamatan daripada negara Islam melalui Nabi Muhammad. Nabi Muhammad meminta mereka membayar jizyah. Dalam pertemuan itu, mereka enggan membayar jizyah sebaliknya mereka mencabar untuk bermubahalah.
Tetapi akhirnya mubahalah tidak berlaku kerana kabilah Nasara bersetuju membayar jizyah tanpa melakukan sumpah mubahalah. Orang Nasara itu takut melakukan mubahalah kerana merasakan Nabi Muhammad berada di pihak yang betul manakala mereka tidak betul. Hasilnya mereka terpaksa menanggung akibat buruk. Akibat itu bukan sahaja menimpa mereka tetapi turut dilaknat sehingga ke anak cucu. Justeru, kabilah Nasara membuat keputusan untuk menerima sahaja permintaan Nabi.
Akibat buruk dalam sumpah mubahalah, adakah ia memang janji Tuhan atau hanya sumpah manusia?
DR. MOHD. RADZI: Ia memang janji Tuhan. Melalui Ayat 61 Surah al-Imran itu juga pada perenggan yang terakhir, dinyatakan “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”
Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar.