#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

9 April 2011

PAKATAN HARAM: Ciplak, janji kosong serta lapok


Janji pembangkang menerusi sepuluh teras utama dalam manifesto untuk Pilihanraya Sarawak ke-10 disifatkan sebagai ciplak, janji kosong serta lapok malah tidak realistik.

Kebanyakan manifesto yang ditawarkan pembangkang itu sudahpun dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini.

Pembangkang dilihat sedikit kebelakang apabila memberi tawaran kepada rakyat mengenai sesuatu perkara yang sudah dinikmati oleh rakyat di bawah pemerintahan BN.

“Sebahagiannya sama seperti BN, malah ada antaranya sudahpun kita lakukan selama ini,” katanya ketika ditemui pada majlis sarapan bersama pengundi Satok di sini, Sabtu.

Janji pembangkang pada pilihan raya negeri yang antara lain mahu mewujudkan pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa iaitu Cekap, Akauntabel, dan Telus (CAT).

Selain itu gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS turut menawarkan untuk menyelesaikan isu pertikaian Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) melalui penubuhan sebuah suruhanjaya.

Rakyat Sarawak seharusnya berhati-hati agar tidak terkeliru dan jatuh ke perangkap janji-janji manis pembangkang.

Langkah pembangkang yang mahu mewujudkan sebuah suruhanjaya mengenai NCR agak ketinggalan kerana kerajaan BN terlebih dahulu memberikan perlindungan bagi semua jenis tanah di Sarawak.

“Sistem perlindungan telah ada, sebagai contoh Pengerusi PKR negeri, Baru Bian yang juga seorang peguam beberapa kali memenangi kes mengenai tanah adat.

“Kalau sistem tidak adil, sudah pasti tak ada yang menang kes di mahkamah, jadi ini membuktikan bahawa perlindungan kepada hak tersebut memang sudah wujud.

“Sebab itu saya katakan bahawa ini hanya janji-janji manis, dan pembohongan belaka,”

Sumber & Info : N9kini 

Pendapat Kawan:

Korang pengundi sarawak toksah dok percaya la dengan manifesto pakatan haram tu, itu semua retorik untuk membodohkan rakyat sarawak, percayalah kata kawan, apa yang dijanjikan dalam manifesto tu semuanya retorik bodoh.

Ok katakan lah pembangkang menang di sarawak dan tubuh kerajaan, sudah tentu pkr akan jadi ketua, maka sarawak akan jadi macam selangor, janji manifesto janji tinggal janji, banyak menipu dari yang dilaksanakan....
Dok merentah 4 negeri kat semenanjung pun banyak hal tak selesai-selesai.. Berangan nak merentah Sarawak... Jangan mimpi la PR!!!



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.