#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

8 April 2011

PAS sesat???



SIAPAKAH YANG SESAT?
Untuk Renungan Kita Bersama

Terjemahan Hadith

Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasullulah SAW bersabda: "Alah tidak menghapuskan ilmu(agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah tiada, umat manusia mengangkat orang-orang b_d_h menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang b_d_h. Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang ramai, maka sesatlah mereka semuanya." (Sahih Muslim 2297)

Parti PAS mengaku bahawa mereka mempunyai ramai ulama. Ini bertentangan dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama atau ulama "sudah habis" diwafatkan. Menurut hadith, "Allah tidak menghapuskan ilmu(agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama".

Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana datangnya mereka ini semua. Menurut hadith di atas, Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang b_d_h menjadi pemimpin mereka.

Oleh itu jelaslah yang parti PAS mengangkat orang-orang b_d_h menjadi pemimpin mereka. Apakah bukti bahawa mereka ini orang b_d_h? Menurut hadith di atas, Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang ramai, maka sesatlah mereka semuanya.

Kalau diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasullullah SAW ini, kerana didapati bahawa Dato' Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi dan lain-lain lagi. Persoalan yang timbul ialah adakah kesemua imam-imam ini kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului Dato' Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang menghalalkan perbuatan memaki dan menghina sesama Islam?. Bagaimana pulakah fatwa Dato' Nik Aziz yang mengatakan Allah mencarut?.

Persoalan seterus ialah PAS berkata "Cuma ulama sahaja yang layak jadi pemimpin". Kalau begitu sudah tentu semua calon dari parti PAS, mestilah terdiri dari ulama. Masaalahnya ialah sejak bila Allahyarham Fadzil Noor, Mohammad Sabu dan Mahfuz Omar jadi ulama. Mereka semua ini mengaji kat mana?. Berapa juzuk Al Quran yang mereka hafal? Jangan-jangan mereka ini memang orang b_d_h yang diangkat oleh PAS sebagai ulama.

Ketahuilah! sesuatu yang disampaikan oleh Rasullullah SAW adalah benar dan sebagai orang Islam kita kena yakin dan percaya teguh kepadanya. Oleh itu marilah kita renung bersama-sama siapakah manusia yang dimaksudkan sebagai sesat dalam hadith di atas.


Petikan penuh & catatan dari: SARJAN HASSAN
Reaksi:

3 ulasan :

  1. PERBEZAAN ANTARA ISLAM DAN PAS
    PAS sering melaungkan slogan Islam sehingga masyarakat orang Islam menjadi keliru. Bahkan ada yang beranggapan kononnya PAS itu adalah ISLAM, dan ISLAM itu adalah PAS. Dan mana-mana parti politik selain daripada PAS, parti tersebut bukanlah parti Islam yang tulen. Islam yang betul ialah Islam bawaan PAS sahaja. Parti lain semuanya tidak betul. Bahkan keIslaman ahli-ahli parti lain boleh dipertikaikan oleh PAS. Inilah ideologi PAS yang sangat-sangat merbahaya kepada masyarakat ramai. Hal ini wajib segera dihapus dan dihentikan. Justeru di sini disenaraikan beberapa alasan yang menerangkan betapa PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan PAS. Semoga Allah menyedarkan kita semua.
    1. Islam adalah Agama -- Manakala PAS adalah sebuah parti politik.
    2. Seseorang yang mahu masuk Islam, wajib mengucap dua kalimah syahadah sedangkan mahu masuk PAS tidak wajib mengucap kalimah syahadah.
    3. Islam menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan manakala PAS menjadikan undang-undang tubuhnya sebagai panduan.
    4. Islam tidak ada Presiden, Ahli Jawatankuasa Agung, Mursyidul Am, Ketua Pemuda, Ketua Kawasan dan lain-lain jawatan -- Tetapi, dalam PAS ada jawatan-jawatan tersebut.
    5. Islam disebar dan diperjuangkan oleh Rasulullah manakala dalam Pas tiada Rasul, pemimpin PAS bukan rasul.
    6. Islam ciptaan Allah sedangkan PAS ditubuhkan oleh manusia bermula tahun 1951 sahaja.
    7. Islam agama yang sempurna dan tinggi -- PAS parti yang tidak sempurna.
    8. Islam dianuti oleh manusia dan jin -- PAS hanya terbatas kepada manusia sahaja, jin tidak boleh masuk PAS.
    9. Islam boleh dianuti oleh seluruh warga dunia -- PAS hanya boleh dianggotai oleh warganegara Malaysia sahaja.
    10. Islam ada hukum dan peraturan dalam akidah dan syariah -- PAS tidak ada hukum dan peraturan tersebut.
    11. Dalam Islam ada hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram (5 dasar hukum) -- dalam dasar undang-undang tubuh PAS tidak ada dasar hukum tersebut.
    12. Adanya Islam tidak tertaluk di bawah akta pertubuhan (Islam tak perlu daftar di bawah undang-undang pendaftaran pertubuhan) -- PAS wajib daftar, tak daftar tak boleh bergerak.
    13. Masuk Islam tak perlu guna borang ahli ada pencadang, penyokong, dan bayar yuran pada setiap tahun -- masuk PAS kena isi borang dan bayar yuran.
    14. Islam bukan alat untuk dapatkan pangkat YB serta gaji dan elaun -- dengan PAS boleh dapat pangkat dan gaji.
    15. Umur taklif dalam Islam akil baligh (15 tahun) -- umur boleh masuk PAS 18 tahun.
    16. Dalam Islam orang Islam boleh berkahwin sesama Islam walaupun berlainan parti -- jika PAS itu Islam, tentu orang PAS sesama mereka sahaja yang boleh berkahwin.
    17. Islam tidak boleh pecat penganutnya -- PAS boleh pecat ahlinya.
    18. Keluar Islam murtad -- keluar PAS tidak ada apa-apa jauh sekali dengan murtad.
    19. Rukun Islam ada 5 perkara -- rukun PAS berapa perkara? Tidak ada.
    20. Dalam Islam tiada perebutan dan pertandingan jawatan -- dalam PAS berebut jawatan.
    21. Islam melarang keras caci-maki, mencarut, fitnah-memfitnah -- dalam PAS tidak dilarang, malah menjadi satu amalan harian Pas, bahkan kata Nik Aziz menjadi Sunat sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Lahab.

    22. Pas boleh memamki hamun, Islam tak boleh.
    23. Pas boleh menipu, berbohong dan putarbelit, Uslam melarangnya.
    24. Pas boleh adjust hukum ikut kehendak politik, Islam syumul dan benar dari dahulu hingga kiamat.
    25. Pas menjadikan agama Islam sebagai alat politik, Islam tidak boleh diperalatkan untuk tujuan mendapatkan undi
    26. PAS menjadikan syaitan sebagai sahabat sedangkan dalam Islam, syaitan adalah musuh yg amat nyata.

    BalasPadam
  2. Salam..

    -PAS adalah satu parti dakwah yang memasuki medan demokrasi. Anda kena faham..sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang kurang tepat, elok anda baca Perlembagaan PAS terlebih dahulu. Kemudian cuba anda bandingkan perlembagaan United Malay National Organization (UMNO). Ada x Umno meletakkan al-quran & hadith sebagai dasar.
    - PAS dinaungi oleh orang2 mempunyai tahap ilmu agama yang tinggi. Cuba bandingkan dengan pimpinan tertinggi umno yang rata2 berpendidikan Inggeris.
    - saya x mahu paksa anda masuk pas, cuma anda perlu faham dan buka hati untuk mengenali dengan lebih dekat siapa org2 dalam pas..

    cara paling mudah, anda bandingkan wajah pemimpin umno ngan pas pun hati anda dah tahu siapa yang soleh, siapa yang rasuah. Saya bg contoh, anda tengok muka Tan Sri Mahyudin Yassin, kemudian tengok pula gambar Dato' Dr Haron Din. Letak bersebelahan gambar mereka berdua dan lihat air muka mereka berdua. Tanya hati anda dengan jujur dan ikhlas..siapa yang paling baik antara mereka berdua..jangan tipu diri anda..
    - kemudian anda perlu tanya diri anda, siapa yang menukar cuti hari jumaat di negeri Johor (hari kemuliaan Islam) kepada hari Ahad penghujung tahun 80an? DAP ke? PAS ke? jawapan nye UMNO yg diketuai oleh Mahyudin Yassin.

    BalasPadam
  3. Kenapa tak nak suruh letak gambar TS Mahyudin dgn gambar Mat Sabu kan sama2 timbalan

    BalasPadam

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.