Perdana Menteri berkata, “nampaknya dia (Anwar) tidak sanggup (berdebat dengan Raja Petra).”
"Kita mesti konsisten. Bila kita kata kita mengamalkan demokrasi dan kita bersifat terbuka, yang mana dia selalu salahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan (Barisan Nasional) tidak demokratik dan tidak terbuka.
”Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat dari segi tindakan mereka seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka, apakah itu konsisten dengan apa yang diluahkan mereka selama ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa 2 yang bernilai RM9 juta di Mengelembu dekat sini, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang melaporkan Raja Petra mendakwa Anwar “chicken” (pengecut) setelah meminta penganjur “Forum WikiLeaks” untuk mengeluarkan nama Raja Petra dari senarai peserta forum itu yang berlangsung pada Sabtu di Kent, England.
Sumber - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment