Setelah Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat menyatakan yang beliau “menyokong usaha melindungi Negara Israel”, dengan tidak semena-mena, Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan, “Umat Islam boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi yang tidak berpandangan Zionis.” Dan kemudiannya, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata pula bahwa, “Yahudi tetap haram dan apa bentuk urus niaga dengan mereka menghasilkan sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung umat Islam Palestin”. Tetapi, kemudian lagi pula, Nasruddin menafikan kenyataannya sendiri dan memberi alasan bahawa ianya telah dipetik separuh sahaja oleh Sinar Harian. Beliau juga ‘memperbetulkan’ kembali apa yang dilapor oleh Sinar Harian dengan hujah-hujah yang menyamai hujah Hadi iaitu tidak salah berurusniaga dengan Yahudi yang tidak memusuhi umat Islam dengan memberi contoh bagaimana Rasulullah S.A.W berniaga dengan Yahudi. Hadi dan Nasrudin boleh membelit dan boleh menepis kata-kata mereka sendiri semahu-mahunya. Tetapi, mereka tidak boleh menepis sejarah. Kita tidak pernah lupa bagaimana mereka telah melabel kerajaan sebagai Zionis dan Tun Dr. Mahathir sebagai Firaun apabila buah pisang kaki Israel dibawa masuk dari Singapura pada tahun 2000. Bukankah ini juga merupakan hubungan dagang dengan Yahudi yang tidak memusuhi kita? Kenapa dulu haram dan sekarang halal?Dan kita juga tidak lupa dengan drama PAS dan PKR meroyan dan histeria sakan apabila BN menggunakan khidmat syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan orang Yahudi, iaitu APCO sehingga melabelkan konsep 1Malaysia sebagai 1Israel. Walaupun telah diterangkan berkali-kali bahawa APCO bukan milik Yahudi dan Malaysia tidak pernah berhubungan dagang dengan Israel tetapi PAS dan PKR terus melompat-lompat di parlimen dan di jalanraya menolak hujah bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis. Sungguh hebat sekali kebencian PAS terhadap Yahudi sehinggakan kelihatannya seolah-olah terlanggar bahu dengan seorang Yahudi di luar negara juga akan dilabel PAS sebagai Zionis. Pemain kriket Yahudi juga dirujuk sebagai Zionis dan tidak boleh berhubung mahupun melihat mereka bermain atau akan jatuh hukum sebagai talibarut Zionis oleh PAS. Pendek kata, nama Yahudi, Zionis, Israel haram untuk disebut pun. Dan siapakah yang menghasut budak-budak separa masak di Universiti Malaya untuk berdemo memboikot KFC dan McDonalds kerana kononnya kedua-dua perniagaan ini punya kaitan dengan Yahudi? Bukankah pada ketika itu, mati dalam keadaan berdemo menentang Yahudi adalah mati syahid mengikut fatwa PAS? Sedangkan apakah bukti yang PAS ada bahawa KFC dan McDonalds itu menyumbang dana untuk Zionis? Tidak ada sama sekali. Tetapi yang ada hari ini ialah bukti kukuh dan jelas bahawa Anwar Ibrahim, “menyokong usaha melindungi negara Israel”. Dan kata kunci di sini ialah “negara Israel”. Dan dengan kata kunci ini, PAS boleh berpusing keliling menjelaskan bahawa berniaga dengan Yahudi tidak haram selagi mereka tidak berpandangan Zionis, tetapi PAS tidak boleh menafikan bahawa Anwar menyokong usaha untuk melindungi negara Israel, yakni, pastinya bererti Anwar mengiktiraf Negara Israel. PAS juga tidak boleh menafikan bahawa selagi mereka berada di dalam Pakatan Rakyat, maka mereka secara rasminya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang, yakni ketua mereka. Dan sebagai ketua, PAS wajib akur atas segala arahan serta menerima pendirian Anwar termasuk dalam isu Negara Israel ini. Kesimpulannya, benar bukan semua Yahudi itu Zionis tetapi itu bukan isunya. Isunya kekal mengenai persoalan apakah PAS tetap bersama Anwar walaupun jelas Anwar menyokong Negara Israel.
SOUTHERN Blogger
-
Beyond the constraint of Donald Trump's tariff
-
*"My earth is spacious" - Quran Surah Ankabut Verse 56*
On April 2nd, 2025, POTUS Donald Trump announced his reciprocal tariff
strategy in a White House R...
1 month ago
-
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota
-
*Bercukur la para pengikut umdap kerana tuhan politik dapig mereka dah mula
bekerja menawan hati pengundi cina. Kiranya atas kertas macam umdap dan
se...
9 months ago
-
Mat Hasan should take over from Zahid and rebuild Umno/BN
-
Umno was thrashed once again the other day.
It won only 19 of the 108 seats contested in the six state elections.
Fourteen of the seats won by the party ...
1 year ago
-
CARILAH CALON YANG MEMERANGI RASUAH DAN LGBT KAWASAN ANDA.
-
Carilah Calon dikawasan anda yang Partinya memerangi Rasuah dan menolak
amlan LGBT.
Wahai Rakyat Malaysia sesungguhnya mati itu benar, Soalan Kubur Nokar D...
2 years ago
-
BN UMUM CALON SABTU INI
-
BN UMUM CALON SABTU INI KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan
mengumumkan 28 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) Melaka pada j...
3 years ago
-
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah
-
*NEWS:*
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana
Neg...
5 years ago
-
PH catat sejarah dividen ASB paling buruk
-
Tahniah PH, anda berjaya cipta rekod pemberian dividen ASB paling buruk
5 years ago
-
Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya
Lebih Bijak!!!
-
Bukankah lebih baik jika Kerajaan mensyaratkan maksima 3x gorengan sahaja
utk minyak masak yg diguna di permis2 jualan makanan? Jika penjual2 goreng
pisang...
6 years ago
-
#BuktiRM2.6B : DS Najib merompak, menyamun & mencuri berbilion-bilion?
-
Pendedahan secara terbuka berserta tunjuk bukti dokumen berkaitan isu
RM2.6 oleh DS Najib Tun Razak yang sering ditunjukkan oleh
pemimpin-pemimpin ...
6 years ago
-
Kakitangan SPAD Harap Kerajaan Pertimbangkan Semula Bubar SPAD..
-
Agak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri..itulah luahan yang dirasa
rata-rata pekerja dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang
mana S...
7 years ago
-
SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH?
-
PPBM dan umumkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin akan mempertahankan kerusi
Parlimen Pagoh. Berbanding nama-nama besar lain dalam PAKATAN yang melompat
ke kerus...
7 years ago
-
-
AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017
-
Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai
iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima
rakyat ...
8 years ago
-
Tujuh Beranak Tinggal Di Kaki Lima Kedai Dapat Perhatian Wakil Rakyat
-
JOHOR BAHRU, 23 Feb — Nasib tujuh sekeluarga yang menjadikan kaki lima
sebuah rumah kedai di Masai, di sini, sebagai tempat berteduh mendapat
perhatian Ahl...
8 years ago
-
Pemimpin ....
-
Pemimpin yang baik akan disayangi dan dicintai oleh orang dibawahnya.
Setiap pemimpin perlu mengetahui suatu proses aliran yang wujud dalam
kepimpinannya...
10 years ago
-
KEKAL MB : Khalid Ibrahim 'Penderhaka'. Saksi video.
-
Setelah Menteri Besar Selangor di istihar status ahli serta kedudukannya
dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 'pecat'...
Lunyai Khalid Ibrahim dikerjakan...
10 years ago
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN : Di Kota Tinggi 26 Februari.
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN akan berada di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi
sempena PROGRAM MEMBARA UMNO BHG. KOTA TINGGI pd 26 FEBRUARI 2014 (RABU)
bermula j...
11 years ago
-
salam, sy sudah follow & linkkan blog anda di blog sy. Mohon tuan blog yg dihormati follow back blog sy & link ke blog tuan. Tks
ReplyDelete