#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

12 March 2012

Elizabeth Wong rela berundur macam DS Shahrizat? Klik tengok ni!

Memang sepatutnya pun pemimpin-pemimpin pembangkang yang bermasaalah yang ada tu mencontohi langkah DS Shahrizat berundur daripada jawatan Menteri, meskipun belum terbukti terlibat dengan skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp).

Apa yang dapat MP lihat, pengunduran Shahrizat itu sebagai bermaruah, tidak seperti pembangkang yang terus-menerus mempertahankan anggotanya walaupun terpalit dalam beberapa isu.
Contohnya kes Elizabeth Wong (Exco kerajaan negeri Selangor yang terpalit isu penyebaran gambar bogelnya), MP berani sebut, dah terbukti...tetapi kenapa masih pertahankan?

Apabila kerajaan BN (Barisan Nasional) menunjukkan bukti bahawa anggotanya lebih berani, telus, bermaruah dan bermoral... Mereka (pembangkang) tutup mata. Malah terus menghina dan mengeluarkan komen-komen kotor terhadap tindakkan yang dilakukan anggota BN.

Walau apa pun, MP ucapkan syabas kepada anggota pemimpin BN yang dapat faham serta terus memberikan sokongan penuh serta semangat terhadap pimpinan DS Shahrizat dan tidak kisah apa yang dikatakan pembangkang mengenai keputusan pengunduran tersebut.

Sepertimana menurut Perdana Menteri, keputusan Shahrizat itu merupakan satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti yang semua pihak dalam kerajaan amat menghargai tindakan tersebut.

”Walaupun setakat ini tidak ada bukti beliau telah melakukan kesalahan dari segi undang-undang, oleh kerana isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) telah mengundang banyak pertikaian dan kontroversi, maka Datuk Seri Shahrizat telah membuat keputusan untuk tidak membebankan kerajaan dan parti dan dengan itu beliau sanggup tidak meneruskan khidmat dalam kerajaan,” katanya.

"Apa yang penting...pemimpin kita (Shahrizat sudah) buat keputusan ...sekarang saya nak tengok berapa ramai daripada pembangkang yang telah didedahkan dengan tuduhan macam-macam, sanggup lakukan seperti Shahrizat lakukan semalam,” kata Ahli Parlimen Sembrong itu.

Bagi MP, kalau nak di ikutkan ramai juga pemimpin-pemimpin mereka yang ada tu lebih buruk halnya... Ada ke yang rela hati melepaskan jawatan dan pangkat mereka demi menjaga maruah parti? Agak-agak la!!! 

Lihatlah antara komen hinaan dari puak-puak pembangkang ni:

1 comments :

  1. yang main jubor dan china doll x nak bersara ke?

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.