"PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi"
- Jason Ong, PKR Bukit Bendera.
Berikut (atas) adalah kenyataan yang di petik pada laporan akhbar The Star, Rabu 21 Mac 2012 di bawah tajuk “Merging Will Make Us Stronger” bermaksud 'Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat'.
Menurut Jason Ong lagi, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.”
Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”.
Emm.. apa macam PAS? Tak rasa terhina ke dengan kenyataan diatas?
Huhhh!... Tidak sabar MP nak menunggu respon PAS mengenai perkara ini. Silap gaya, UMNO dituduh bersalah dek puak-puak ni. PAS akan kata UMNO sebenarnya telah memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong bertujuan untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR.
Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa.
MP juga setuju, bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera.
Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak menerima sikap derhaka mereka.
Daripada itu, keadaan memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu. Antaranya kenyataan Nurul Izzah sendiri iaitu 'parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan'. Namun, yang pasti segala kenyataan atau slogan membela Melayu yang di laungkan hanya sebagai ‘damage control’.
Sebaliknya, niat sebenar PKR jelas terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan. Hakikatnya, PKR turut menyokong agenda perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri.
Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat? Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?
Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAS. Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam.
Seperti kata Jason Ong, PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya. Pendek kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya.
Bagi DAP dan PKR... PAS tidak mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam kerana diakui pemimpin-pemimpin PAS semuanya tidak bermaruah belaka.
Sudah pasti PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta rela memperhambakan diri biar pun dicemuh di hina PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dimana mereka akan terlepas peluang untuk ke Putrajaya.
Justeru, kenyataan Jason Ong itu bila dilihat pada kedudukan yang lebih luas selain dikait dengan pandangan di sudut ideologi PAS. Kenyataan tersebut, jelas menampakan PKR hilang keyakinan untuk berdepan di pilihanraya kali ini.
Pada MP, PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak. Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan anaknya Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai.
Dimana desas-desus bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana menyedari yang dirinya sudah tidak lagi popular, di lihat tidak mustahil akan berlaku. Ketika itu, segala tindakkan dan serangan akan dilempar dari luar di samping menyalurkan dana serta menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia.
Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus. Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, kesemuanya bersifat gila kuasa dan mempunyai sikap diktator.
Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3.
Namun, seandainya Anwar dapat meletakkan dirinya dikedudukan teratas diantara rakan yang lain... Cerita dan kesahnya takkan kemana. Jangan mimpi Anwar akan dapat membentuk kuasa sesuka hati. Mana tidaknya, rahsia Anwar segalanya telah berada digenggaman Karpal dan Kit Siang.

Sudahnya, Anwar terpaksa akur dan tunduk pada kehendak Karpal dan terikat dengan ugutan Kit Siang dalam segala hal untuk selama-lamanya. Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja.
Harus Di Ingat!!!
Undi PAS + Undi PKR = Undi DAP
0 comments:
Post a Comment