#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

11 March 2012

Begitu pulak jadinya keputusan DS Shahrizat? Tengok lah ni!

Spekulasi nasib Shahrizat telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini, dengan berbulan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana awam bernilai RM250 juta untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi kegunaan peribadi.

Skandal NFC menjadi perhatian umum setelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 projek ternakan lembu di Gemas itu gagal menepati sasaran.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini telah menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang termasuk pemimpin veteran Umno, dengan menegaskan beliau hanyalah isteri kepada Salleh dan tiada kena mengena dengan projek tersebut.

Akhirnya hari ini, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membuat keputusan meletakkan jawatan dan akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media petang tadi selepas merasmikan "Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih" di Taman Tema Desa Waterpark.

Dalam hal ini, apa pun cerita dan spekulasi yang timbul... Semoga akan ada hikmah sebaliknya. Saksikan video kenyataan penuh Kak Ijat di bawah ni:



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.