#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

20 June 2011

Apa istimewanya Nik Aziz?


‘‘Orang tolak Islam dapat pahala apa? Kita doa, itu (juga) ibadat. Orang UMNO berdoa juga, doa dengan Allah, Allah mana hendak terima (doa, sebab) kamu tolak Islam.’’

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu wawancara dengan portal propembangkang, Malaysiakini pada 16 Disember 2009.

Tidakkah kenyataan ini mampu menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam kerana UMNO dianggotai oleh orang Islam juga. Apakah doa orang Pas sahaja diterima oleh Allah SWT?

Siapakah Nik Abdul Aziz sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Apa pula pandangan umat Islam apabila Nik Abdul Aziz berkata, “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana Perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”

Ini dinyatakan oleh beliau ketika menyampaikan khutbah di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

Bagaimana pula dengan kenyataan Nik Abdul Aziz pada 3 Julai 1999, di Pengkalan Chepa, Kelantan apabila beliau menyatakan, “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir.”

Ini belum lagi termasuk kenyataan pada 17 Ogos 2009 di mana Nik Abdul Aziz menyatakan, “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka.”

Penulis hanya memetik beberapa sahaja kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang boleh dianggap menghina, mengeliru dan mampu memecahbelahkan umat Islam.

Segala-galanya beliau keluarkan demi kepentingan politik Pas dan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Atas sebab itulah penulis melihat tindakan kerajaan Pas Kelantan di bawah kepimpinan Nik Abdul Aziz mengharamkan Utusan Malaysia membuat liputan majlis kerajaan negeri dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya bermotifkan politik semata-mata.

Karikatur yang sekadar menyindir kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan rakaman video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes zina kerana menyifatkan ia adalah besi telah dianggap menghina Islam.

Sebelum itu Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang kita tahu di mana pendirian politik mereka, turut membuat bantahan atas penyiaran karikatur berkenaan.

Ia disusuli pula oleh Dewan Pemuda Pas yang cuba menunjukkan jaguh kononnya mereka pembela Islam sebenar apabila menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia.

Tetapi yang anehnya, kenapa kedua-dua kelompok ini hanya mendiamkan diri terhadap banyak kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz dilihat cukup kontroversi dan mengelirukan umat Islam?

Apakah kerana mereka mempunyai haluan politik yang sama maka apa juga tindakan Nik Abdul Aziz boleh dibenarkan?

Kenapakah hanya kerana satu karikatur yang bertujuan menyindir Pas dianggap menghina Islam sedangkan kartunis Pas, Zunar pernah menghasilkan karikatur yang terang-terang melakukan kesalahan berkenaan tetapi tiada apa-apa protes dilakukan.

Jelaslah, pertimbangan politik menjadi asas utama kepada Nik Abdul Aziz, PUM dan Pemuda Pas dalam membuat keputusan.

Politik diletakkan di hadapan sekali dalam apa juga keputusan dan tindakan yang hendak diambil.

Selama ini, kalau hendak dikirakan Nik Abdul Aziz lebih banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam tetapi tiada apa-apa bantahan daripada mana-mana pihak dalam Pas.

Semuanya hanya mendiamkan diri dan melihat sahaja, Nik Abdul mengeluarkan satu demi satu kenyataan yang menimbulkan persoalan dan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Di muktamar-muktamar Pas pun tidak ada seorang pun yang berani menegur keceluparan dan kecelaruan fikiran Nik Abdul Aziz yang dilihat banyak menjejaskan imej Islam Pas.

Kedudukan Nik Abdul Aziz sebagai mursyidul am seolah-olah menjadi ‘tiket’ kepada beliau bebas daripada sebarang teguran atau kritikan daripada mana-mana kelompok yang ada kaitan dengan Pas.

Semuanya hanya mendiamkan diri biar pun ada tindakan Nik Abdul Aziz jelas-jelas bertentangan dengan seruan Islam.

Sebagai contoh tindakan beliau menghalang kerjasama antara UMNO dan Pas biar pun ia dilakukan semata-mata demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu.

Macam-macam hujah yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz bagi menghalang perkara yang amat digalakkan oleh Islam itu, tetapi tidak ada pula kelompok yang membantah kedegilan Menteri Besar Kelantan berkenaan.

Walaupun kelompok dalam Pas tahu apa yang Nik Abdul Aziz lakukan itu tidak bertepatan dengan ajaran Islam, kenapa mereka tidak menegurnya? Apa istimewanya Nik Abdul Aziz? Adakah kerana beliau seorang tok guru, ulama, ahli politik dan mursyidul am maka segala-gala yang beliau katakan adalah betul?

Apa pun kelompok yang paling gembira berikutan tindakan kerajaan Pas Kelantan itu adalah PKR dan DAP yang merupakan sekutu Pas.

Selama ini pun Nik Abdul Aziz adalah pembela utama kepada pemimpin-pemimpin kedua-dua parti itu sehingga timbul cadangan supaya Menteri Besar Kelantan dilantik sebagai pemimpin utama pembangkang.

Ketaksuban Nik Abdul Aziz kepada politik dan kerjasama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan beliau tidak lagi membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam berhadapan dengan sesuatu isu.

Bagi Nik Abdul Aziz hanya Islam yang dibawa oleh Pas sahaja betul, hanya undi Pas sahaja masuk syurga dan hanya Perlembagaan Pas yang tidak kafir.

Malahan Menteri Besar Kelantan itu juga mudah-mudah sahaja menuduh Islam yang dibawa oleh UMNO bukan Islam sebenar.

‘‘Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.”

Kesimpulannya, berdasarkan kepada apa yang diperkatakan, maka mana-mana pihak tidak perlu bermuram durja atau merasa keliru dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan.

Ia kerana selagi sesuatu perkara itu berasaskan kepada apa yang dikehendaki atau dikatakan oleh Nik Abdul Aziz maka selagi itulah ia hanyalah demi politik semata-mata.

Kalaulah martabat Islam menjadi hitungan, sudah pasti Pas tidak akan sewenang-wenangnya mengorbankan prinsip perjuangan negara Islamnya semata-mata mahu meraih kuasa bersama PKR dan DAP.

Sumber: Utusan Online


1 comments :

  1. nik aziz ni org nya sombong, ujub merasa diri tu dekat ngan allah, time bedoa jahanam, dekat akhir video dia kata lebihkurang macamni 'kalau org lain boleh main kasar, dia pun boleh main kasar'. dan dia main kasar dengan bedoa kepada allah. konon allah akan makbulkan doa dia. nilah kenyataan org yg ujub. rasa tentram, merasa diri hampir dengan allah dia lepas dari kesalahan. hati itu dalam berbulak-baliknya adalah seperti kuali, apabila berkumpul gelagaknya. nabi pun berdoa agar tetapkan hatinya. pernah mengatakan apakah yang menjamin keamanan bagiku dan hati itu diantara dua jari, yg dibulak-balikan menurut kehendakNYA.
    walaupun begitu ini lebih kepada umat dia sebagai pengajaran. jangan sombong, syadina abu bakar pun letak batu kat mulut takut bahaya mulut, ni pulak nik aziz,' Dan sesiapa yang kami panjangkan umurnya, kami kembalikan kepada asal kejadiannya (serba lemah), mengapa mereka tidak memikirkan?'. pas sedar lah diri tu, jangan asik berangan diri tu mulia, ni bukan ajaran nabi.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.