TEGURAN dan pandangan yang dibuat oleh rakan artis sebelum ini nampaknya langsung tidak menjadi ‘kudis’ kepada bekas artis, Bob Lokman. Nampaknya, Bob langsung tidak kisah dengan permintaan rakan-rakannya supaya tidak terlalu mudah menjatuhkan hukuman kepada anak-anak seni lain pada ketika dirinya sudah memilih satu pentas politik untuk cari makan.
Malah dalam beberapa ceramahnya di pentas parti pembangkang, Bob berterusan menghentam dan menghina artis-artis tempatan yang suatu ketika pernah menjadi teman sepermainannya di gelanggang seni. Malah, Utusan Malaysia juga turut dikaitkan sebagai agen penyebar dakyah dan turut mengkritik apa yang ditulis dalam ahbar ini dengan penuh lantang.
Sebenarnya, tidak ada siapa yang pernah menghalang Bob Lokman dari terus berubah mengikut jalan yang dipilihnya. Apa parti yang Bob mahu masuk, bukan masalah kepada sebilangan besar peminat setia pelawak itu pada dasarnya.
Namun apa yang menjadi masalah apabila Bob masih lagi menjadikan dunia artis sebagai medan kejian dalam setiap siri ceramah yang dihadirinya. Apa sudah jadi Bob? Bukankah satu ketika dahulu Bob merasakan dirinya tersasar jauh dari Tuhan dan ingin kembali ke pangkal jalan.
Pastinya masih ramai yang teringat kata-kata Bob yang mahu mendekatkan diri dengan Tuhan dan dalam masa yang sama Bob tidak mahu mati dalam keadaan yang sia-sia. Tapi rentak Bob sangat berlainan hari ini dan bahasa yang digunakan juga bukan bahasa yang mulia, tak percaya dengarkan sendiri beberapa siri ceramahnya sebelum ini di blog-blog.
Cakap-cakap Bob nampaknya semakin angkuh. Malah dalam beberapa siri ceramah yang terkini juga Bob masih memandang serong orang seni sehingga sanggup menjadikan anak seni sebagai bahan cercaan dalam ceramahnya. Pokok pangkalnya, kenapa Bob mesti berterusan menghina orang seni setelah dia meninggalkan bidang ni? Inikah sifat seorang lelaki?
“KALAU dia betul tak suka dengan bidang seni, jangan makan duit royalti yang dia dapat tiap-tiap tahun tu. Rasanya duit royalti yang dia dapat memang banyak. Dia kena sedekah sajalah kepada orang lain. Buat apa nak makan kalau dia sendiri anggap kerja seni ni sesuatu yang hina, betul tak? ”
“Kalau dia dah jumpa jalan yang dia anggap betul, jalan sajalah! Tak ada siapa yang pernah melarang dia nak berdakwah.
“Tapi adakah betul cara dakwahnya?
“Kamu kena ingat Bob,bagaimana kamu membina keluarganya dulu. Kamu membesarkan anak dia dengan duit apa? Bukan besarkan anak dengan duit kamu sebagai anak seni itu ke?
Ramai rakan-rakan artisnya turut kecewa dengan sikap pandang sebelah mata oleh Bob Lokman.
Teruskan perjuangan kamu dalam dunia politik kerana itu adalah pilihan peribadi, tetapi rakan-rakan kamu juga mempunyai hak untuk tidak dihina dan dinista sesuka hati.
Apa kata rakan-rakan BOB? Klik sumber di bawah..
Sumber : n9kini.com
0 comments:
Post a Comment