#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

15 June 2011

PAS dulu berjihat perangi Ambiga...Hari ini, boleh sayang sangat pada Ambiga ketua demonstrasi BERSIH...


Kenapa PAS terutama Mat Sabu boleh bersekongkol dengan Ambiga yang terang-terang anti Islam. 

Oleh itu sesiapa juga yang pergi ke perhimpunan bersih tu nanti bermakna dia juga menyokong segala kerja-kerja jahat ambiga untuk menjahanamkan Islam di malaysia ni. 

PAS kalau benar2 membawa Islam dalam perjuangannya... Sudah tentu PAS lah parti pertama yang menentang demonstrasi BERSIH ni... Tak ke gitu?


Antara kerja-kerja jahat Ambiga:

1) Menjadi peguam bela utama dalam kes murtad azlina jailani atau lina joy lawan mahkamah syariah, lina joy seorang wanita melayu yang menjadi murtad setelah berkahwin dengan seorang lelaki hindu.

2) Pernah menganjurkan satu forum mempertikaikan kuasa-kuasa mahkamah syariah yang melibatkan kemasukan orang bukan islam masuk islam di pejabat bar council

3) Pendokong dan pengerak IFC (Inter Faith Comission/ suruhanjaya antara agama) yang mana ifc ini pernah mengatakan penceraian dalam islam adalah sesuatu yang zalim dan ifc juga menyokong pluralisme agama.

4) Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang nak murtad, sekiranya kes murtad mereka di bawa ke mahkamah persekutuan.

5) Pernah menghasut rakyat negeri sarawak untuk berhimpun dan berdemo ala-ala rakyat mesir untuk menjatuhkan taib mahmud dan menggantikan ketua menteri sarawak dari kalangan bukan islam.

6) Menjadi penyokong kuat kepada seorang anak hindu perempuan yang memohon untuk menjadi peguam syarie, tapi permohonan anak hindu itu di tolak oleh mahkamah syariah.

7) Sudah tentu menjadi penyokong pembangkang.


Sumber: Darul Ehsan Today



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.