#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

7 June 2011

Video Sex: Hadi Awang tetap kata hitam itu putih?

PRESIDEN Pas kata guna cara Islam untuk menyabitkan penjenayah dan pelaku maksiat. Beria-ia benar hendakkan empat saksi. 


Di zaman kegemilangan Islam semua pelaku maksiat yang dihukum adalah dari kalangan mereka yang membuat pengakuan melakukan maksiat dan jenayah mereka. Ini menunjukkan bahawa orang-orang yang bertaubat sahaja yang akan mengaku kesalahan mereka. 


Hukuman dijalankan adalah tanggungjawab pemerintah supaya Allah terima taubat mereka dan kembali kepada Islam. Tidak pernah kita dengar mana-mana mahkamah berjaya menjatuhkan hukuman kepada pelaku maksiat selepas berjaya mengemukakan empat saksi dari kalangan orang beragama dan bersih dari dosa. 


Sampai kiamat pun kita tidak akan dapat mencari saksi sebegini. Orang-orang berilmu agama tidak akan pergi ke tempat-tempat maksiat, atau pergi menceroboh privasi orang lain. 


Tambahan lagi mahu melihat aurat dan anggota sulit orang lain. Tidakkah Hadi Awang tahu berapa banyak jenayah telah dapat diselesaikan melalui bukti dari perkakasan yang berteknologi seperti kamera litar tertutup, perakam suara, melalui forensik, DNA, dan banyak lagi.


Kalau Hadi Awang nak menolak teknologi, saya syorkan Hadi Awang jangan naik kereta, naiklah unta atau kereta lembu, berucaplah tanpa pembesar suara, berhubunglah dengan surat bukan telefon, jangan guna penyaman udara di rumah dan pejabat, tumbuklah padi dengan lesung untuk buat beras, tangkaplah ikan sendiri di sungai.


Inilah akibatnya kalau orang itu dah gila kuasa dan pangkat ia akan jadi buta kepada yang terang dan nyata. Sesuatu yang sebenarnya hitam dikatakan putih. Kapten kapal dah sesat di laut nak suruh ikut juga. Ikutlah jalan orang yang benar dan janganlah ikut orang yang sesat. Amin.




0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.