Pengamal media di Malaysia secara terbuka kini di ancam hak kebebasan bersuara dan dinafikan ketelusan dalam menjalankan tanggungjawab oleh Pakatan Rakyat.
Apa yang dilakukan Anwar Ibrahim jelas mencerminkan watak dan sikap sebenar Ketua Umum Pembangkang apabila berhadapan dengan pelbagai soalan dari wartawan.
Amat mendukacitakan pemimpin tertinggi pihak pembangkang terutama Anwar Ibrahim menunjukkan sikap biadab dan tidak beretika dihadapan wartawan, baik dari media pro kerajaan mahupun media pembangkang. Segala yang diwar warkan dalam 'Buku Jingga' Pakatan Rakyat adalah retorik semata mata.
Gagasan kerangka 'Buku Jingga' yang menjanjikan memperkasa amalan demokrasi yang telus dan tulen serta keadilan sosial tidak lebih dari pembohongan besar Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang.
Video di bawah menunjukkan bukti... Saksikan...
0 comments:
Post a Comment