Di mahkamah Isnin lalu Karpal perdengarkan hujahnya supaya hakim berkenaan menarik diri dari mendengar kes liwat pemimpin pembangkang itu.
Antara hujah Karpal adalah Anwar tidak takut mahkamah tetapi mahukan perbicaraan yang adil.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak takut untuk hadir di mahkamah. Apa yang dia mahukan adalah perbicaraan yang adil,” kata Karpal dalam hujahnya.
Benarkah Anwar tidak takut kepada mahkamah? Jika tidak takut kenapa sehingga tiga kali memohon supaya hakim ditukar.
Jika benar dia tidak takutkan mahkamah juga kenapa tidak terus saja beri keterangan pada 6 Jun baru-baru ini selepas mahkamah memerintahkan beliau supaya membela diri pada 16 Mei lalu.
Kenapa beberapa hari sebelum hadir di mahkamah, Anwar memfailkan lagi permohonan supaya peguam menarik diri? Permohonan yang sama sudah pun dua kali ditolak.
Dan Isnin lalu apabila permohonan berkenaan ditolak lagi kali ketiga, Anwar memohon pulak supaya perbicaraan digantung sementara menunggu rayuan.
Jika Anwar benar-benar berani, pasti perbicaraan kes ini tidak akan berlarutan hingga hampir tiga tahun sejak Anwar mula dituduh pada 7 Ogos 2008.
Benarkah Anwar Tidak Takut Mahkamah?
Dipetik dari sumber: mynewshub
Jgn risau Anwar sbb banglo bertirai besi di sungai buluh tu sedang menanti anda...penghuni yg biasa menghuni di banglo itu dimasa dulu pasti akan kembali akhirnya...bak kata pepatah setinggi2 burung terbang akan singgah dibelakang kerbau jua....
ReplyDelete