#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 March 2015

Tindakkan DAP menentang pelaksanaan 'Hudud' bukan satu kejutan - Dr Mashitah Ibrahim

 

Tindakan Aisyah Tajuddin mempersendakan hukum Hudud melalui sebuah klip video bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi" pada 19 Mac 2015, tidaklah menjadi satu kejutan.

Jika diteliti latar belakangnya, Aisyah Tajuddin merupakan anak kepada ibu bapa yang menjadi ahli dan menganut fahaman DAP.

Video diterbitkan oleh BFMRadio itu mengkritik Hukum Hudud disebar luas dalam media sosial.setelah Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada 19 Mac, lalu.
Sepertimana semua ketahui, DAP adalah penentang utama hukum Hudud sekiranya dilaksanakan di Malaysia. Walaupun PAS dan DAP berada di dalam Pakatan Pembangkang yang sama, hukum Hudud kerap kali menyebabkan kedua-dua parti sering tidak bersefahaman.

Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah mengingatkan di dalam rencana yang ditulisnya di dalam Sinar Harian dua bulan lepas yang bertajuk "Kenapa DAP Bantah Hudud". KLIKSINI. 
 
Dr Mashitah Ibrahim,
Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

Dr Mashitah dalam tulisannya berkata;

Menurut Lim Kit Siang, DAP mengambil keputusan tidak menyertai pakatan pembangkang bersama Pas ketika hadapi Pilihan Raya Umum 1986 dan 1990 kerana membantah hasrat melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan Negara Islam.

Malah, dalam PRU 1990, DAP meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Dun Padang Garong dalam kawasan Parlimen Kota Bharu. Namun, calon itu, Lim Kok Kee, tewas.
Walaupun pemimpin Parti Semangat 46 kemudian berjaya menggabungkan DAP dan Pas dalam Barisan Alternatif, pakatan ini akhirnya berpecah pada 2001 kerana kepimpinan Pas menolak satu persefahaman yang dipanggil Pendirian Lima Perkara.

Inti pati Pendirian Lima Perkara adalah (1) Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu (2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam (3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu (4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan (5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.

Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam. Ramai penyokong Pas tidak setuju, malah marah dengan tahaluf siyasi yang dijalin parti itu dengan DAP. Pemimpin Pas cuba menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam. Selama 15 tahun, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras.

Kit Siang, anaknya dan pemimpin DAP terus-menerus mengkritik pemimpin Pas hingga ke hari ini, termasuk cadangan mengadakan sesi khas persediaan membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada 29 Disember lalu yang terpaksa ditunda kerana bencana banjir.

1 comments :

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.