#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 October 2013

AUDIT 2012: Semua KSU mesti disiasat? KLIK baca ni!


Ketua Setiausaha (KSU) di setiap kementerian mesti dipertanggungjawabkan ke atas semua ketirisan dan penyelewengan yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara supaya laporan yang dikeluarkan itu bukan sekadar suatu rekod tahunan untuk tatapan umum semata-mata.

Ini kerana setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara melaporkan tentang ketirisan, pembaziran dan penyelewengan namun perkara itu seolah-olah tiada apa-apa makna kepada semua kementerian, sebaliknya kesalahan sama berlaku secara berulang.

Sehubungan itu, sudah sampai masanya satu bentuk tindakan paling tegas diperkenalkan oleh kerajaan dan mengheret mana-mana kakitangan awam ke muka pengadilan bagi memastikan penyalahgunaan wang rakyat dapat dihentikan serta-merta.

Tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, tanpa tindakan undang-undang yang tegas dikhuatiri amalan pembaziran, penyelewengan dan ketirisan yang berlaku sejak bertahun-tahun akan menjadi budaya dan identiti kerajaan.

"Kita mesti mengucapkan tahniah kepada Audit Negara kerana berjaya mengemukakan satu laporan bebas secara konsisten tetapi apa pula tindakan kepada kementerian-kementerian yang melakukan masalah.

Ini perlu dijawab oleh kerajaan.

"Saya percaya semua rakyat Malaysia mempunyai persoalan yang sama. Tanpa tindakan undang-undang, rakyat akan memberi gambaran bahawa kerajaan tidak cukup serius menangani masalah yang berlaku dalam pengurusannya," katanya di sini.

Bekas Presiden Transparency International Malaysia itu percaya rakyat yang membayar cukai berkongsi rasa kecewa dengan hasil Laporan Ketua Audit Negara itu kerana wang mereka tidak diguna dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Katanya, sudah sampai masanya kerajaan melihat pembaziran dan ketirisan dalam membelanjakan wang rakyat adalah satu kesalahan besar.

"Semua KSU mesti disiasat untuk memastikan mereka mencari punca motif pembaziran dan ketirisan yang berlaku. Secara logiknya, kelemahan dalam tadbir urus tidak boleh berlaku jika setiap kementerian mempunyai pasukan pemantau terbaik dan sistem yang sempurna.

"Sebaliknya, apa yang berlaku ini menggambar ada yang tidak kena dalam tadbir urus dan sistem kerajaan," tambahnya.

Memberi kesimpulan terhadap Laporan Ketua Audit Negara, Navaratnam berkata, hasil laporan itu sebenarnya menyukarkan lagi usaha kerajaan untuk mengurangkan bajet defisit dan hutang negara.

Berikutan itu, beliau merayu supaya ahli-ahli Parlimen memainkan peranan terbaik dalam membantu menangani masalah ini supaya setiap kementerian memiliki rasa tanggungjawab semasa mengggunakan wang rakyat.
 - MalaysiaGazette

ARTIKAL BERKAITAN KLIK SINI


3 comments :

  1. asalamu'alaikum,

    bro, saya sarankan buka window lain bagi setiap link yang diberikan. kalau tidak kejap kejab nak kena go back one page.

    tkasih.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya tindakan paling cepat ialah setiap bahagian akan dipertanggujawapkan dengan kerugian akan dipotong gaji tiap2 bulan, bagi orang bertanggungjawab 50%, ketua Pengarah 35%, yang lain 15%, baru ada keadilan. ha ha ha

    jangan kata BN yang bersalah sebab dalam Putrajaya pun ada 35% pembangkang.

    ReplyDelete
  3. dalam isu pembelian yang berlipat ganda harga nya saya sarankan pegawai yang meluluskan pembelian di ambil tindakan...bukanya mereka tidak tahu harga barangan telah di lepat gandakan..kenapa uluskan pembelian?????

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.