#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

21 February 2014

'Datuk NFC' tuduh Pengerusi SPAD tanpa asas?



"Tuduhan tak berasas", kata Tan Sri Syed Hamid Albar.

Itulah antara yang diperkatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) berikutan kenyataan Pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail di laman portal pro pembangkang ( Malaysia Insider ), kelmarin.

Tan Sri Syed Hamid Albar telah didesak agar meletak jawatan kerana kononnya gagal menangani masalah sistem perkhidmatan yang dihadapi pemandu dan penumpang teksi, bukan sahaja di Kuala Lumpur, bahkan di seluruh Malaysia.

"Apa yang kita nampak, kenyataan pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue yang juga ahli perniagaan itu banyak berasas pada emosi dan tidak berlandaskan kepada fakta" tambahnya lagi.

Selanjutnya, saksikan kenyataan Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) pada video di bawah:


Bercakap tentang Datuk Shamsubahrin Ismail ini... Setahu MP, beliau yang begelar 'Datuk NFC' sedang berhadapan dengan tuduhan dibawah seksyen 420 Kanun Jenayah atas dua tuduhan yang dilakukannya pada 20 November disebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di pejabat NFC dengan menipu Pengerusi NFC Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat, sebelum ini. (KLIK)

Shamsubahrin Ismai

Ia juga berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram dan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang akan membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jadi, adakah dakwaan dari mulut seorang yang seperti beliau, bulat-bulat hendak kita ambik percaya?

Nantikan artikal selanjutnya selepas ini dari MP.

ARTIKAL BERKAITAN : KLIKSINI


1 comments :

  1. datuk nfc kesnya serupa dengan datuk hindraf morthy, dah terang dah jelas ramai khalayak yg tahu mereka ada penyakit tokak, diambik jugak jadi kepala bagi urusan2 penting. pekerja bawahan tak hormatpon bos2 bermasaalah, silap haribulan jika bos2 ni hidup lama dimana mereka ditempatkan tentu menjangkiti barah kepada kalangan bawahanya.

    pihak berkuasa semacam bodoh dan pekak bila pilih manusia yg tak layak kerana kepentingan tertentu. ramai diluar sana yg sangat berkelayakan dan rajin bekerja tetapi tidak diberi peluang.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.