GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

31 Julai 2015

#TragediMH370 : Tidak mahu memberikan harapan palsu - Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai
Sejurus penemuan sebahagian daripada serpihan pesawat yang dikatakan badan Boeing 777 di Pulau La Reunion di Lautan Hindi, kelmarin. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan medianya berkata, pihaknya tidak mahu memberikan harapan palsu kepada keluarga mangsa tragedi MH370 berikutan berita penemuan serpihan tersebut.

"Selagi belum ada bukti yang nyata dan tidak dapat disangkal bahawa serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi adalah dari MH370, kita tak sepatutnya membuat sebarang spekulasi," katanya.


Antara Serpihan Pesawat Dijumpai Terdampar di Pulau Reunion 
Katanya kementerian mahu mendapatkan kepastian dan pengesahan terlebih dahulu bagi memastikan ia tidak memberikan harapan palsu kepada keluarga mangsa.

"Sebahagian sayap kapalterbang yang mungkin daripada jenis Boeing 777 telah ditemui terdampar di Pulau Reunion di Lautan Hindi.

"Kami telah berhubung dengan Bureau d'Enquêtes et d'Analyses (BEA), iaitu agensi penyiasat kejadian kapalterbang terhempas Perancis, berhubung perkara ini.


Gambar sebuah beg pakaian yang telah rosak teruk telah ditemui oleh seorang pekerja pembersih pantai di Reunion
"Satu pasukan yang dianggotai pakar-pakar dari Jabatan Penerbangan Sivil (DCA), Peneebangan Malaysia (MAS) dan Malaysian ICAO Annex 13 Safety Investigation Team untuk MH370 telah dihantar ke Pulau Reunion untuk mengesahkan sama ada bangkai sayap itu adalah dari MH370.

"Kami akan membuat pengumuman sewajarnya sebaik segala butiran disahkan," katanya. - Sumber

30 Julai 2015

#TragediMH370 : Serpihan disahkan badan Boeing 777


Serpihan pesawat yang ditemui terdampar di Pulau La Reunion di Lautan Hindi disahkan daripada pesawat Boeing 777.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, perkara itu dimaklumkan oleh ketua penyiasat di sini.
“Serpihan itu daripada sebuah pesawat Boeing 777,” katanya.
Serpihan kapal terbang dijumpai terdampar di pulau La Reunion, di Lautan Hindi semalam mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.
Serpihan misteri berukuran 2 meter itu kelihatan seperti sebahagian daripada sayap kapal terbang, ditemui beberapa orang yang sedang membersihkan pantai.
Pesawat MH370, Boeing 777 hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Mac tahun lalu dan semasa itu membawa 239 orang penumpang. 

29 Julai 2015

Penggunaan Toyota Innova bukan kehendak SPAD - Dr Syed Hamid Albar




Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr. Syed Hamid tidak menolak kemungkinan pada masa depan SPAD akan menimbangkan penggunaan kereta yang lebih kecil dan murah bagi golongan pengusaha dan pemandu teksi yang kurang berkemampuan.

Menurut beliau, kita hendaklah menyokong kereta nasional. Tetapi Innova dikeluarkan di negara kita dan juga menyumbang kepada ekonomi negara kerana Permodalan Nasional Berhad (PNB) ada kepentingan dalam UMV Toyota.


Ditanya sama ada dia tidak bimbang kemungkinan akan ada pihak yang cuba memainkan isu ini... 


Beliau berkata, "Saya fikir dekat Malaysia sekarang banyak tukang spin. Kita jangan khuatir soal spinners. Kita mesti tengok bagaimana kita dapat meningkatkan perkhidmatan teksi di negara ini yang telah diberikan imej yang kurang baik.

"Malah apa yang saya buat pun orang selalu spin. Semasa saya lancarkan Exora sebagai TEKS1M dulu pun orang gelar saya penjual kereta Exora. Jadi saya sudah biasa," katanya dalam nada seloroh.

Setakat ini SPAD telah mengeluarkan 1,382 lesen untuk TEKS1M. SPAD juga telah menerina 3,367 permohonan untuk migrasi dari lesen teksi lama kepada TEKS1M.


Sementara itu presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata pihaknya telah menerima 300 tempahan bagi Toyota Innova TEKS1M. Katanya pihaknya mensasarkan sebanyak 700 unit akan ditempah sehingga akhir tahun ini.

Keputusan penggunaan Toyota Innova adalah sebagai model tambahan bagi Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dan bukannya menggantikan Exora yang digunakan sebelum ini.

Tan Sri Dr Syed Hamid Albar juga berkata, keputusan itu dibuat bukan atas kehendak suruhanjaya tetapi atas permintaan pengusaha dan pemandu teksi supaya mereka mempunyai pilhan.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Toyota Innova sebagai TEKS1M di Petaling Jaya, pada Selasa. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Syed Hamid turut menafikan keputusan itu ada kena mengena dengan senario politik sekarang di mana berlaku pergeseran antara pengerusi proton, Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri.


"Saya tak terfikir pun. Kita mengambil masa yang amat panjang memikirkan perkara ini. Kita menyokong industri kereta nasional. Kita tidak boleh menggantikan Exora dengan Toyota. Ini adalah pengelebaran bekalan untuk kegunaan teksi.

"Kita tak mahu terlibat dalam apa-apa perkara politik. Ia tak ada kena mengena dengan politik. Ia adalah proses transformasi dan kami memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan," katanya.

28 Julai 2015

KENYATAAN MEDIA: Mantan Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin


KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN 

Bismillahirrahmanirrahim.
 
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009. 

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. 

Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet. Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. 

Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri. Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. 

Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha. 

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO. 

Kepada Allah saya berserah. 

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN 
28 Julai 2015

Barisan Kabinet Baru Dilantik KLIKSINI

Senarai Kabinet Baru: Tahniah DS Azalina Othman - Ahli Parlimen Pengerang


Tahniah Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang atas lantikkan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang di umumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam rombakan barisan Menteri Kabinet, di Putrajaya hari ini.
Pengumuman rombakan Kabinet ini menyaksikan seramai tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Menteri baru telah dilantik berkuatkuasa pada 29 Julai 2015.
Berikut senarai Kabinet baru:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri:
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Tuan Masir Anak Kujat
Menteri Kewangan II : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Chua Tee Yong
Datuk Johari Abdul Ghani
Menteri Pengangkutan : Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Ab Aziz Kaprawi
Menteri Kesihatan : Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Pertahanan : Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan: Datuk Saravanan A/L Murugan
Menteri Pendidikan : Datuk Seri Mahadhir Khalid
Timbalan:
P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan
Senator Tuan Chong Sin Woon
Menteri KPDNKK : Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Sumber Asli dan Sekitar : Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan: Datuk Ir Hamim Samuri
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi : Datuk Amar Dauglas Uggah Embas
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri : Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Ahmad Maslan
Menteri Tenaga Teknologi Hijau Dan Air : Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani : Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: Datuk Seri Haji Tajuddin Andul Rahman
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah : Datuk Seri Ismail Sabri
Timbalan: 
Datuk Alexander nanta Linggi
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Menteri Komunikasi dan Multimedia : Datuk Seri Mohd Salleh Keruak
Timbalan: Datuk Jailani Johari
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican naina Merican
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi : Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan:
Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Menteri Kerja Raya : Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan : Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Richard Riot
Timbalan: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib
Menteri Wilayah Persekutuan : Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Moha A/L Jaganathan
Menteri Pengajian Tinggi : Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan: Datuk Halimah Mohd Sadique
Menteri Di JPM :
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Sri Idris Jala
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Azalina Othman Said
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
 Datuk Mah Siew Keong
Nancy Shukri
Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Paul Low Seng Kuan
Timbalan Menteri Di JPM :
Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki (Hal Ehwal Agama)
Datuk Razali Ibrahim
Antara yang digugurkan adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diganti oleh Datuk Seri Zahid Hamidi yang sebelum ini memegang portfolio di Kementerian Dalam Negeri (KDN). 
Selanjutnya KLIKSINI

PANASSS! : TPM (Muhyiddin Yassin) digugurkan dari kabinet DS Najib


Spekulasi hangat yang tersebar dimerata media massa sebelum ini mengataskan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan digugurkan dalam rombakan Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi kenyataan hari ini setelah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang baharu mengggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kekal menjadi Menteri Dalam Negeri dalam satu rombakan kabinet yang diumumkan sebentar tadi.

Menurut sumber, selain Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafiee Apdal turut digugurkan dari barisan kabinet yang baru.

Datuk Seri G Palanievel dan Hassan Malek turut digugurkan sebagai Menteri.

Kota Belud mendapat dua menteri apabila Datuk Seri Panglima Senator Salleh Tun Said Keruak dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru. Sebelum ini Ahli Parlimen Kota Belud merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan dipecah dua semula kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi.Ramai berpendapat, TS Muhyiddin yang berusia 68 tahun digugurkan adalah kerana tindakkannya yang berkali-kali mengeluarkan kenyataan dan kritikan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara, kerajaan serta Umno berhubung isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaru, TS Muhyiddin dalam satu ucapannya, mengatakan bahawa isu 1MDB menjadi barah yang telah menyebabkan kemungkinan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) juga telah mengingatkan dan meminta agar semua pihak tidak membuat kenyataan mengenai kes (1MDB) yang masih dalam proses siasatan dan ruang perlu diberikan kepada pasukan siuasatan terbabit untuk menjalankan tugas mereka.

26 Julai 2015

Isu Star Cruises : Salah BN?


Biasa la tu.... Kerajaan mana ada yang betul. Semuanya salah, setiap kemudahan yang Kerajaan buat atau beri semuanya puak-puak ni bedal. Tak tau malu la katakan.

Terkini, Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyalahkan kerajaan pusat atas penamatan Star Cruises di Pulau Pinang telah memalukan diri sendiri..

Beliau mula menyalahkan pihak kerajaan dan BN apabila Star Cruises telah menamatkan pelayarannya di P.Pinang. Perkara ini diakui sendiri oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA, Tan Teik Cheng. Begitulah tradisi mereka, kalau tak salahkan BN, siapa lagi?

Apa yang sebenarnya, keputusan Star Cruise untuk menamatkan perkhidmatan di Pulau Pinang sejak 15 Julai adalah keputusan perniagaan di mana mereka ingin menumpukan laluan pelayaran di antara Taiwan-Jepun..

Perkara ini jelas dan hal ini juga turut di sanggah Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui 'Kenyataan Akhbar' yang tercatit di bawah:

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
 
Dengan merujuk kepada satu kenyataan yang dibuat oleh YB Lim Guan Eng baru-baru ini , Ketua Menteri Pulau Pinang, menuduh Kementerian Pengangkutan mensabotaj industri pelancongan Pulau Pinang berhubung dengan penamatan Star Cruises dari Pulau Pinang, Kementerian Pengangkutan ingin menyatakan dengan jelas, fakta-fakta seperti berikut: 
1. Merujuk kepada satu laporan berita baru-baru, pengendali kapal pelancongan telah menyatakan dengan jelas bahawa keputusan untuk memindahkan kapal pelancongan mereka ke pelabuhan asal di Xiamen, China adalah keputusan perniagaan semata-mata dan mereka juga sedang mengkaji untuk melayari perairan Asia Pasifik. 
2. Keputusan ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mengoptimumkan kapasiti armada dan memenuhi permintaan bermusim pasaran. 
3. Oleh itu, jelas dakwaan bahawa kekurangan insentif daripada Kementerian Pengangkutan serta mempersalahkan sepenuhnya adalah tidak berasas. 
4. Sebenarnya, MOT telah mengecualikan kapal persiaran dari polisi "cabotage" di mana kapal persiaran tidak dikehendaki untuk memohon lesen perkapalan tempatan ketika berulang-alik antara dua atau lebih pelabuhan di Malaysia. 
5. Ini merupakan satu lagi usaha yang jelas oleh Kementerian bagi menggalakkan pelancongan pelayaran. 
6. Apa yang perlu ditekankan adalah hakikatnya bahawa Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) memang perlu dinaik taraf. 
7. Meletakkan dua buah kapal pelayaran yang besar pada waktu yang serentak di SPCT yang dermaganya berkeluasan 400 meter adalah sukar memandangkan kekangan keluasan ruang dan ini telah memberi kesan secara tidak langsung di pelabuhan SPCT. 
8. Bagi menampung lebih banyak kapal dan kapal yang lebih besar, keperluan untuk memperbesarkan pelabuhan tersebut perlu dilakukan dengan kadar segera. 
9. Walau bagaimanapun, sekatan dari segi keluasan tanah adalah punca halangan. 
10. Sejak tahun 2010, apabila SPCT mula beroperasi, Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah memohon untuk hak milik tanah dikeluarkan bagi meluaskan terminal pelayaran. 
11. Keengganan Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan geran tanah telah menghalang usaha kami bagi meningkat dan menaik taraf kemudahan yang selaras dengan wawasan kami di mana ia bukan sahaja bagi mengekalkan syarikat kapal persiaran sediada tetapi juga untuk menarik syarikat lain menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan mereka dan juga pelabuhan persinggahan. 
12. Kementerian berminat untuk membangunkan terminal, bagaimanapun, jelas sekali ia bukanlah usaha di satu pihak sahaja, dan kami perlukan kerjasama dari pihak Kerajaan Negeri juga. 
13. Oleh itu, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Kementerian adalah benar-benar tidak bertanggungjawab. 
14. Kementerian ingin menggesa semua pihak untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat sebarang kenyataan, dan di dalam kes ini, dengan jelas sengaja mewujudkan kekeliruan di kalangan orang ramai dan juga pelabur. 

23 Julai 2015

#KekalNajib : Bicara Perdana Menteri di hari ulang tahun kelahirannya. KLIKSINI!



Selamat Menyambut
Hari Ulang Tahun Kelahiran Mu
Datuk Seri Najib Tun Razak Ke-62
Pada hari ini 23 Julai 2015

Ikuti bicara mengenai keperluan bagi golongan tua memberi ruang kepada golongan muda untuk berdikari.
Oleh : Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak 


Transkrip:

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.


Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Baru-baru ini anak perempuan kesayangan saya telah pun selamat diijabkabulkan. Sebagai ibu bapa, adalah amat sukar untuk saya melepaskan anak saya walaupun sudah dewasa.

Meskipun dengan hati yang berat, tetapi bila sampai pada masanya, saya tetap terpaksa melepaskan anak saya untuk berdikari dan untuk mengharungi dunia ini.

Wawasan 2020 adalah sebuah visi yang telah ditetapkan pemimpin terdahulu untuk kesejahteraan generasi masa hadapan.

Bagi mencapai cita-cita ini, generasi baru perlu diberikan ruang secukupnya untuk meneruskan usaha ini. Susah-senang, turun-naik, pahit-manis perlu dialami sendiri oleh generasi pelapis ini kerana jiwa mereka semakin matang dan kental dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Orang muda perlu sentiasa menghormati segala nasihat dan pandangan mereka yang lebih tua kerana luasnya pengalaman mereka, tetapi yang tua juga perlu mempertimbangkan keadaan dan cabaran yang telah berubah di arus peredaran zaman.

Kadangkala yang tua tidak senang dengan cara orang muda sekarang yang berbeza dari zaman mereka, betul atau salah keputusan dibuat orang muda itu terpulang kepada setiap individu untuk menilai.

Adalah lumrah bagi yang tua bersifat melindungi terhadap yang muda. Namun, apabila tiba masanya untuk melepaskan yang muda untuk berdikari, maka, lepaskanlah.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh




21 Julai 2015

Agenda Pembangkang Jadikan Malaysia 'Proksi Si Dajjal'



Satu lagi nukilan dari rakan blogger RMF yang menarik minat MP dan ingin sekali dikongsikan kepada pembaca sekelian. Untuk sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan bagi pertahankan agama dan negara kita Malaysia agar teru aman, makmur dan sejahtera.
Analisis Agenda Sulit –Malaysia Negara Terakhir Melayu Islam Yang MESTI Jatuh ditangan DAP/PKR dan USA/Israel
 
Jika tarikh 3 March 1946 merupakan titik hitam Melayu Idonesia sujud dikaki Sosialis dan memusnahkan sistem beraja dan Melayu Islam serta keagongannya. Malaysia kini menunggu masa untuk menghitung hari dan nasib Melayu dan Islam dalam negara ini.
Masanya akan tiba jika Melayu yang bijak berpolitik isu tapi tidak pernah tahu menkaji tentang agenda politik akan menanggis kehilangan segalanya. Politik bukan sekadar memerintah tetapi lebih daripada itu.
Kini, ketiadaan Anwar Ibrahim dipersada politik negara telah mendominasikan DAP sebagai GOD FATHER kepada kedua dua parti politik Melayu yang kini menjadi kuda tunggangan untuk mencapai cita cita Zionist yang terancang begitu lama dan berpusat di Singapura.
Rancangan yang sentiasa gagal, kini telah hampir kehujung terowong untuk memusnahkan legasi Islam Melayu dinusantara kemelayuan dimana Malaysia merupakan negara terakhir yang belum menjadi proksi si dajjal.
PAS dan PKR berusaha gigih melalui PASMA dan PKR untuk memastikan kemusnahan yang mereka impikan selama ini akan tercapai. Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk memastikan Malaysia bukan lagi diminasikan Islam Melayu tetapi didominasikan kesamarataan dalam segalannya.
Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.
Perkara sedemikian langsung tidak wujud didalam sanubari insan yang berjiwa pembangkang yang mana lebih mementingkan kuasa sehingga sanggup mengenepikan soal persaudaraan sesama Islam.
Dalam hal yang demikian kita melihat dari pandangan jauh dan kejadian yang sedang berlaku diserata dunia ini. Bagaimana umat Islam dihancurkan dengan kepelbagaian cara. Pernahkah kita terfikir bagaimana bermula nya kisah penghancuran umat Islam ini.
Semuanya bermula dengan propaganda ideologi yang diserapkan keatas umat Islam... Untuk ketahui kisah selanjutnya KLIKSINI

FGV: Perluaskan Ladang Felda di Indonesia



Mengulas rancangan dan tujuan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membeli tanah seluas 420,000 hektar daripada PT Eagle High Plantations (EHP) di Indonesia. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata cadangan tersebut dibuat setelah FELDA menghadapi kekangan untuk menambah keluasan ladang di negara ini.

"Ketiadaan tanah sesuai bagi memperluaskan sektor perladangan sedia ada menyebabkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adakan cadangan untuk melabur di Indonesia."

PT Eagle High Plantations (EHP) 
Beliau merangkap Pengerusi FELDA juga berkata, FELDA beralih ke Indonesia kerana kedudukan negara tersebut paling hampir dengan negara ini.

"Lagipun kita memang sudah mempunyai ladang di Kalimantan,”ujarnya lagi.

Tanah seluas 420,000 hektar tersebut juga dikatakan sesuai untuk tanaman tebu dan boleh menampung keperluan kilang gula milik MSM Malaysia Holdings Berhad, anak syarikat FGV selain tanaman sawit.


Tan Sri Isa Samad bersama isteri Puan Sri Bibi Sharliza melayan tetamu
di majlis rumah terbuka beliau.
Menurut Tan Sri Isa, pada masa ini FELDA belum memiliki ladang tebu.

“Ini antara faktor yang FGV lihat untuk pelaburan di Indonesia itu. Kita juga berharap dengan penglibatan kita dengan EHP ini kita dapat memasuki pasaran Indonesia yang besar bagi memasarkan pelbagai produk FELDA termasuk minyak masak dan sebagainya.

Walau bagaimana pun, pihaknya sedang menunggu pandangan pihak ketiga dalam perkara ini dan ia akan dibawa pada mesyuarat agung luar biasa bulan depan, 
jelasnya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau, semalam.


Terdahulu (KLIKSINI), YAB.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menyatakan, dimana kerajaan menerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan melakukan penelitian sebaik mungkin sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Pembelian itu tidak dilakukan secara terburu-buru kerana perlu mengambil kira manfaatnya kepada pelbagai pihak khususnya peneroka FELDA dari segi keuntungan yang bakal diperoleh." jelas DS Najib.

Baru-baru ini juga (KLIKSINI), Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah membawa 50 wakil peneroka terdiri daripada kepimpinan peneroka dari 11 wilayah Felda dan Wanita Felda, termasuk ahli Majlis Belia Felda Malaysia selain beberapa pengurusan tertinggi syarikat perladangan itu bagi melawat ladang kelapa sawit dan tebu milik PT Eagle High Plantations (EHP) di Indonesia.

19 Julai 2015

#TragediMH17 : "Bersabarlah dan tunggu laporan siasatan selesai," kata Menteri Pengangkutan

Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama isteri ketika di majlis rumah terbuka Aidikfitri di Seri Perdana, kediaman Rasmi Perdana Menteri

"Penerbangan tersebut mendapat kelulusan trafik udara dan MAS telah mematuhi prosedur yang ditetapkan". kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kenyataan tersebut di buat berikutan dakwaan ramai pihak yang menyalahkan Syarikat Penerbangan MAS kerana menggunakan ruang udara bergolak Ukraine menyebabkan berlakunya tragedi MH17 di tembak jatuh,

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan Laporan Jawatankuasa Siasatan tragedi MH17 dijangka siap Oktober ini. 

"Pada waktu kejadian, bukan pesawat MH 17 sahaja yang berada di udara. Dihadapan MH 17 ada sebuah pesawat, di belakang pun ada sebuah pesawat. Manakala ada beberapa buah lagi pesawat datang dari arah bertentangan... Adakah kita mahu menyalahkan takdir maha esa kerana menjadikan MH17 sebagai mangsa? Sudah tentu tidak patut" tambah DS Liow.

Tiong Lai mengesa agar orang ramai tidak menyebarkan khabar angin tentang tragedi dan siasatan itu.

"Hormatilah keluarga mereka yang terkorban kerana dengan menyebarkan dakwaan yang tidak berasas itu, perasaan mereka akan lebih terluka" ujar Tiong Lai ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidikfitri di Seri Perdana, kediaman Rasmi Perdana Menteri kelmarin.

Kerajaan mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika ini, semua orang tahu kesemua 298 penumpang dan anak kapal maut yang mana majoriti penumpang rakyat Belanda. 

"Jadi bersabarlah dan tunggu laporan siasatan selesai." jelas DS Liow.

18 Julai 2015

1MDB: Keluar 'Waran Tangkap' Tun M?


Mengikut perkembangan dan hebahan berita isu kemelut antara Tun M dan DS Najib sebelum ini, berikut antara yang terbaru ingin MP kongsikan kepada semua.

Rahsia sudah mula terbongkar. Pesuruhjaya Polis Thai Diraja, Lt Jen Prawut Thavornsiri,telah mengadakan sidang akhbar pada 1.00 petang di Bangkok dengan mengesahkan beberapa bukti yang sangat kukuh.

Berdasarkan kepada semua bukti tersebut maka wujud satu konspirasi yang sangat kompleks untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya melalui 1MDB, yang jelas merupakan satu tuduhan palsu.
“Kita mempunyai identiti mereka dan ia akan didedahkan dalam mahkamah terbuka apabila aplikasi untuk waran tangkap telah diserahkan… walaubagaimanapun identiti mereka telah didedahkan di negara anda (Malaysia),” kata Lt Jen Prawut.
Menurut sumber dalaman polis Thailand, beberapa nama telah disebut dan nama yang tersenarai akan disiasat yang mana waran tangkap mungkin akan dikeluarkan untuk membawa mereka ke Thailand bagi tujuan pendakwaan.

Mereka terdiri daripada Clare Rewcastle Brown, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat, Tony Pua, Sufi Yusof, Kamal Sadiqque dan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Nah... Nama Tun M pun ada tersenarai? Untuk ketahui berita sepenuhnya, klik dan layari sumber yang MP terima ... KLIKSINI, 

16 Julai 2015

OPS SERKAP : Kelibat SPAD melegakan penumpang pulang berhari raya.


Kelibat anggota penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di stesen Pudu Sentral hari benar-benar melegakan para pengguna pengangkutan awam (bas) yang sibuk untuk pulang ke kampung sempena menyambut Hari Raya.

Tindakkan SPAD yang pastinya menjaga keselamatan penumpang setiap kali musim perayaan amat dihargai.

Demi keselamatan dan keselesaan para pengguna, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuat pemantauan OPS SERKAP di Pudu Sentral, sepanjang hari ini.


Operasi itu bertujuan untuk memantau penjualan tiket musim perayaan serta perjalanan bas-bas menuju destinasi masing-masing..apa yang dilakukan SPAD ini adalah untuk memastikan kes penipuan penjualan tiket pada musim perayaan dapat dikurangkan.

Menurut Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Dato' Che Hasni yang ditemubual sejurus pemantauan Ops Serkap, berkata, operasi ini dilaksanakan bertujuan memastikan rakyat yang hendak balik ke kampun selamat.
Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Dato' Che Hasni 
"SPAD telah memulakan operasi sejak 10 Julai hingga 26 Julai. Sejak ops ini dilancarkan SPAD telah memeriksa tidak kurang 2,800 kenderaan bas dan juga teksi." tambah beliau .

Sepanjang OPS siang tadi, anggota SPAD memeriksa pergerakan bas dengan memastikan cukai jalan, permit dan segala syarat dipatuhi sebelum memulakan perjalanan.

"Daripada jumlah tersebut, SPAD telah mengenalpasti 160 kesalahan berbagai yang melibatkan Bas dan teksi. Tumpuan utama kita adalah di terminal kerana di sini merupakan tumpuan rakyat untuk balik ke kampung." kata Che Hasni


Sepanjang operasi ini, SPAD mengesan beberapa kesalahan yang dilakukan company bas dalam penjualan tiket mereka. Namun SPAD memberi kelonggaran dan menegur pihak bas bagi menambahbaik sistem maklumat pada tiket.


Che Hasni menjelaskan antara kesalahan yang terdapat pada tiket ialah maklumat tidak lengkap seperti waktu, tarikh, platform, nombor tempat duduk, terminal, nombor pendaftaran bas tidak lengkap.

Mengikut syarat SPAD, setiap tiket tidak digalakkan ditulis dengan tangan kerana ianya mendedahkan kepada penipuan.


HARI RAYA 2015 : Aidilfitri kukuhkan hubungan, eratkan perpaduan - DS Liow Tiong Lai




UCAPAN KHAS :
SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA

OLEH :

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI PENGANGKUTAN
 

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga sambutan Aidilfitri bagi umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia dilengkapi dengan penuh keberkatan, kesyukuran serta kegembiraan.

Seperti juga musim-musim perayaan yang lain, musim lebaran ini merupakan kesempatan terbaik untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan persefahaman antara kalangan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah masyarakat majmuk, rakyat Malaysia amat memahami dan sama-sama menanti-nantikan kehadiran Hari Raya sambil merayakannya bersama lebih-lebih lagi dengan amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Rakyat Malaysia sesungguhnya amat bertuah kerana dapat hidup bersama dalam sebuah negara secara harmoni yang penuh dengan kepelbagaian kaum serta berpeluang menyambut dan meraikan pelbagai jenis perayaan dengan penuh riang-ria dan menghayati budaya yang berwarna-warni. Ini haruslah dihargai dan dipegang teguh oleh kita semua bukan sahaja untuk perayaan kali ini, tetapi lebih penting lagi, untuk generasi akan datang yang bakal menjadi pemacu kemajuan negara.

Akhir kata, diharapkan bahawa sambutan Syawal pada tahun ini akan terus menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Disamping itu, nikmatilah Hari Raya ini dengan berhati-hati semasa di jalan raya demi insan-insan yang tersayang.

Sekali lagi, saya ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan “Maaf Zahir Batin” kepada semua.
: YB Dato Sri Liow Tiong Lai  - Menteri Pengangkutan, Presiden MCA

13 Julai 2015

#TragediMH17 : Gesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas cari mereka yang bertanggungjawab - Menteri Pengangkutan


Walaupun mengetahui ia bukanlah sesuatu yang mudah, Kerajaan Malaysia tetap komited dalam mencari jawapan serta kebenaran untuk para waris mangsa tragedi malang pesawat MH17 yang ditembak jatuh ketika melalui ruang udara Ukraine pada 17 Julai tahun lepas sehingga mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya di mana di antaranya adalah 43 rakyat Malaysia.

Di dalam satu kenyataan, Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan pada majlis memperingati ulang tahun tragedi MH17 yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya KLIA baru-baru ini, beliau bertekad bahawa kerajaan Malaysia akan terus menggesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas mencari dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan bagi menegakkan kebenaran.


Beliau turut menyeru agar semua negara mematuhi protokol di dalam proses membuat laporan dan tidak wujud halangan di dalam mencari kebenaran dengan tragedi yang telah berlaku.

"Dalam hal mencari jawapan dan kebenaran ini, kita dan mereka tidak pernah keseorangan.

"Draf laporan akhir siasatan sudah diberikan kepada semua negara terlibat oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) di mana merekalah yang mengetuai kumpulan penyiasatan teknikal. Laporan rasmi dijangka akan dikeluarkan pada bulan Oktober tahun ini." jelas DS Liow Tiong Lai.

Malaysia juga telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyemak laporan tersebut dan setiap perkembangan dan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada para waris mangsa pada waktu yang sesuai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai,
bertemu waris dan anggota keluarga mangsa tragedi MH17
Upacara memperingati tragedi MH17 pada 11 Julai lalu, selain anggota keluarga mangsa. Majlis tersebut turut dihadiri para menteri yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Sebagai sebahagian daripada 15 negara anggota 
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), negara turut mengemukakan satu draf resolusi dengan mendesak agar satu tribunal antarabangsa dapat ditubuhkan.

"Daripada itu, negara Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine telah pun menyatakan sokongan penuh kepada kita (Malaysia)," tambahnya lagi.

Datuk Liow juga memaklumkan, segala perkembangan dilihat amat menggalakkan dan setiap langkah yang diambil oleh negara ianya berada di landasan betul.ini.

Majlis tersebut diadakan,adalah sebagai tanda penghormatan negara kepada mangsa-mangsa yang terkorban.


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.