#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

14 April 2012

LIVE HIMPUNAN BANTAH PTPTN: Tidak cukup bantah PTPTN... Berarak bawa agenda parti pembangkang. Tengok ni!



Ini dikatakan "Sorong papan, tarik papan... Buah keranji didalam kotak...Di suruh makan dia makan... Di suruh mengaji, dia memberontak...

Dengan tindak-tanduk serta hasutan pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini. Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa hari ini memberanikan diri berhimpun di ibu negara bagi  menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan sepertimana yang di gembar-gemburkan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.

Apa yang kita juga sedia maklum dimana PTPTN ini adalah usaha Anwar Ibrahim semasa beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dulu KLIK. Termasuklah parti PAS yang menjadi antara penyokong kuat bagi usaha ini KLIK

Perhimpunan diketuai Adam Adli Abdul Halim yang juga kita tahu dimana beliau telah dijadikan anak emas pembangkang bagi meneruskan usaha menghasut mahasiswa supaya menolak kerajaan hari ini.

Perhimpunan ini juga telah menunjukkan bukti jelas dimana kumpulan mahasiswa yang turut sama berarak, bukan hanya melaungkan selogan mengikut matlamat asal mereka berkaitan bantahan terhadap PTPTN. 

Malah kumpulan mahasiswa ini turut membawa agenda pembangkang apabila melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib." Tidak cukup dengan itu, di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.




Kehadiran 2 orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar juga antara bukti penglibatan pakatan pembangkang terhadap perhimpunan ini.

Ini lah yang menjadi cita-cita serta sikap perjuangan sebenar pakatan pembangkang... Mereka seronok melihat negara menjadi huru-hara dengan  mengadakan demonstrasi jalanan. 

Bukan semata-mata mahu mengusung isu perubahan yang mereka mahukan. Sebaliknya, sengaja menyalakan api kemarahan sekaligus menyemarak sifat kebencian kepada kerajaan... Selain daripada menagih undi simpati dikalangan rakyat yang mudah termakan hasutan fitnah mereka...

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.