Organisasi tersebut akan bergerak dibawah nama TIBAI bermaksud Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim
Organisasi ini dipimpin bekas reformis Zaid Md Arip bertujuan bagi memberi kesedaran terhadap rakyat mengenai penipuan yang dilaungkan Anwar Ibrahim dalam bentuk serangan mahupun janji Pilihan Raya.
Zaid Md Arip yang bertindak sebagai Mursyidul Am Organisasi tersebut turut mengesahkan akan menganjurkan Siri Jelajah di beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi PKR bagi membongkar agenda jahat bekas Pemimpin beliau itu.
Menurut beliau, TIBAI akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya dengan guna apa jua cara untuk menghalang Anwar. Sehingga berada dalam ceramah di mana saja Anwar akan anjurkan.
Antara negeri yang menjadi fokus TIBAI iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Antara barisan bekas Pimpinan Gerakan Reformasi dan PKR yang menyerta organisasi tersebut termasuklah Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Senator Mohd Ezam Mohd Noor; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru yang juga merupakan salah seorang peguambela Anwar Datuk Zulkifli Nordin, Senator Datuk S Nalakaruppan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong.
Turut serta bersama barisan TIBAI adalah bekas Setiausaha Sulit Anwar Anuar Shaari; Ketua Penerangan PERKASA yang juga bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (sebelum bergabung bersama PRM) Ruslan Kassim, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, bekas Pembantu Anwar Ibrahim Rahimi Osman dan bekas Reformis Ng Lum Yong.
Senarai nama-nama yang tercatat diatas ini adalah individu-individu terapat dan pernah berkerjasama erat dengan Anwar sebelum ini.

Tibai akan dilancarkan secara rasmi pada 22 April ini di Kelab Sultan Sulaiman. Ia akan dirasmikan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Ditanya bagaimana untuk menjadi ahli kelab itu, Muhammad Zahid berkata, keahlian adalah terbuka dan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Untuk jadi ahli, cukup hanya di dalam hati, sahaja aku sertai Tibai kerana ALLAH Taala," katanya.
TIBAI jangan tak TIBAI brooo!
ReplyDelete