#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

20 April 2012

PRU13 ( Video ) : Pakatan Pembangkang Selangor kecut perut, pilihanraya semakin hampir.


Pakatan Rakyat mengarahkan kerajaan Negeri Selangor untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat sekiranya PRU13 dibuat dalam masa terdekat ini..

Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dengan alasan masih tidak berpuas hati dengan pembersihan nama pemilih yang dilakukan SPR setakat ini.

"Maka sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa singkat kemungkinan besar negeri pakatan tidak akan turut serta terutamanya Selangor sementara negeri-negeri lain masih membincangkannya, tetapi di DUN Selangor kami mencadangkan kami mahu menunggu sehingga daftar pemilih itu benar-benar bersih,"kata Anwar selaku ketua pembangkang.

Dalam hal ini MP berpendapat, mereka (pembangkang) sebenarnya kecut perut selain dari mempunyai agenda lain yang lebih perlu dselesaikan. SPR bukan bukan alasan pokok. Dari apa yang MP ketahui, pada beberapa minggu yang lalu pihak SPR sudah pun mengesahkan akan kebersihan terhadap senarai-senarai nama pengundi di semua kawasan KLIK.

Jadi untuk apa urusan SPR yang nak dijadikan alasan lagi?

Ini semua, menampakkan tidak lebih dari mahu menutup kelemahan mereka (pembangkang) sendiri yang mana kita tahu bahawa pakatan pembangkang sedang dilambung kemelut dalaman dan banyak janji-janji pilihanraya lalu yang masih belum tertunai. Dengan janji mereka yang tidak tercapai, maka terpaksalah mencari helah dengan usaha apa sekali pun yang perlu dibuat lagi untuk mengukuhkan jentera mereka yang agak kucar-kacir sekarang ini.

Terjebak dengan sebaran pelbagai perkara yang mengaitkan prestasi buruk didalam kerajaan di Selangor juga satu masaalah besar yang mereka hadapi. Itu juga antara bukti banyak isu yang belum selesai. Dan tidak mustahil, itu antara sebab MP kira kenapa mereka mahu melengahkan pilihan raya di Selangor. Banyak perkara masih terbengkalai dan tergantung. Dari itu, kalau pilihanraya dibuat dalam masa terdekat, cerah masa depan yang mereka (pembangkang) akan kalah di Selangor pada PRU13 nanti.

Pembangkang sendiri pun cukup tahu rakyat Selangor sedang menunjukkan keyakinan dan pola sokongan yang semakin terarah kepada Barisan Nasional (BN)

MP juga yakin, keputusan Selangor untuk tidak membubarkan DUN dengan serentak ini. Ia adalah petanda yang mereka (pembangkang) tahu bahawa mereka akan tewas pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Kenapa? Tidak sanggup berhadapan dengan kehilangan kuasa di gengaman ke?

Apa pun, sama ada pilihanraya DUN diadakan serentak atau sebaliknya, yang nyata rakyat Selangor telah menunjukkan kebangkitan sokongan terhadap BN dan itu merupakan risiko yang perlu dielakkan pembangkang jika diadakan pilihanraya serentak.

Kita pasti, rakyat khususnya di Selangor lebih menyakini kepimpinan BN yang lebih mengutamakan agenda rakyat berbanding agenda peribadi pemimpin pembangkang yang tak pernah tamat dan berkesudahan.

Emm.. saksikanlah pengumuman yang di buat Anwar pada video di bawah:



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.