Buktikan pada rakyat, akan kebenaran yang mana kenyataan Datuk Nalla itu adalah satu fitnah dan tuduhan.
Apa yang mengejutkan, hari ini MP terbaca di laman suarapakatanrakyat.com dalam artikel terbarunya bertarikh April 17, 2012 mendakwa saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk S. Nallakarupan akan dibatalkan.
Menurut portal pro-pembangkang itu, mereka menerima maklumat dari sumber dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa saman sebanyak RM 100 juta yang difailkan ke atas Datuk S.Nallakarupan atas tindakan defendan mengeluar kenyataan fitnah menuduh Anwar sebagai seorang biseksual (disiarkan dalam Utusan Malaysia), akan dibatalkan.
Alasan kepada pembatalan tersebut, menurut sumber mereka, kononnya kerana Anwar mahu fokus kepada kempen pilihanraya umum yang akan datang, disamping majoriti daripada pasukan pembelaannya sekarang, yang akan turut bertanding dalam pilihanraya umum tersebut.
Bagaimanapun, saman ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel fitnah tersebut akan diteruskan.
Dengan mengenepikan saman ke atas Nalla,kononnya harapan Anwar untuk memenangi saman tersebut dalam masa yang singkat dikatakan cerah, kerana dengan alasan bukti ke atasnya begitu kukuh sekali melalui penyiaran artikel tersebut.pada 20 Mac 2012, dibandingkan dengan masa panjang yang bakal diambil jika saman ke atas Nalla diteruskan.
Sekarang, terjawablah teka teki besar yang bermain diminda ramai orang, kenapa writ saman ke atas kedua defendan tersebut masih tidak diserahkan sehingga sekarang, walaupun telah lama difailkan.
Terang-terang fokus utama dalam kes ini ialah Nallakarupan sebagai orang yang mengucapkan fitnah tersebut, bukan Utusan yang hanya menyiarkannya.Kenapa tidak teruskan saman kepada kedua-dua pihak itu sekali.
Dengan berlakunya hal sebegini, penulis suarapakatanrakyat.com mengeluh dan bingung bagaimana mereka nak mempertahankan Anwar setelah dikatakan pihak peguam bela Anwar sendiri tiada kesungguhan untuk menghentikan fitnah jahat ini dari terus berlarutan tanpa ada titik penamat?
Khabarnya, para blogger pro Pakatan Rakyat sendiri sudah kehabisan alasan untuk menjawab persoalan kepada Anwar ‘tidak berani’ menyaman beberapa individu tertentu, termasuklah Datuk Nalla ini.
Bukan hanya rakyat, suarapakatanrakyat.com juga sedar, dimana sebenarnya ramai pehak sudah bosan melihat pelbagai saman dikemukakan kepada Utusan sahaja, tidak kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan dan tidak kurang yang melihat saman ke atas Utusan ini hanya bermotifkan politik kerana akhbar tersebut dikatakan milik UMNO.
Sedangkan kalau dikira dari logik akal, pihak yang mengeluarkan kenyataanlah yang sepatutnya di saman dahulu. Walaupun sebagai penyiar Utusan turut sama bertanggungjawab, tapi rakyat mahu lihat orang yang mengucapkan perkataan fitnah itu sendiri di saman.
Lihatlah dunia! Bukan hanya rakyat saja yang muak mendengar setiap alasan yang dikeluarkan oleh Anwar. Blogger-blogger mereka sendiri pun kebingungan akan putar belit yang dipermainkan oleh Anwar. Please la Anwar, sudah-sudahlah tu dengan asyik nak memperbodohkan rakyat!
telur anwar kecut.. takut kalah dalam saman tu
ReplyDeleteTuan blog yg dihormati, sy dh linkkan blog tuan di blog sy. harap tuan dpt follow kembali & linkkan blog sy di blog tuan.. tq
http://merahmato.blogspot.com