#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

20 April 2012

Penyenaraian FGVH diluluskan dan 8 Mei Najib umum jumlah 'Durian Runtuh'

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) semalam meluluskan resolusi berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia Mei depan.

FGVH dimiliki 100 peratus oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang mana 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings.

Manakala, KPF yang dianggotai oleh kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula memiliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings. - UTUSAN

Kelmarin, pihak media telah mengeluarkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan jumlah durian runtuh bakal diterima oleh 112,635 peneroka FELDA seluruh negara susulan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) pada perhimpunan raksasa di Jerantut, Pahang, pada 8 Mei ini.

Dengan pengumuman Perdana Menteri itu, sudah tentu akan menggembirakan peneroka FELDA dari 317 tanah rancangan seluruh negara.

Ini bermakna, satu lagi janji beliau kepada rakyat, khususnya warga FELDA bakal ditepati.

Apa yang menjadi masalah selama ini adalah terdapat segelintir peneroka yang termakan hasutan pemimpin parti pembangkang.

Selanjutnya KLIK SINI:  http://pru13n9.blogspot.com/2012/04/kpf-setuju-penyenaraian-fgvh.html

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.