#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 April 2012

Anwar akan terus bakar hati Mahasiswa untuk tolak PTPTN dengan janji ini!

Timbul lagi berita kononnya rakyat bakal dibawakan oleh Anwar Ibrahim, iaitu elaun sara hidup berjumlah RM5,000 setahun bagi pelajar pusat pengajian tinggi swasta selain dari pendidikan percuma yang dijanjikan sebelum ini.

Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa perkara ini akan diumumkan sendiri oleh  Anwar dalam perhimpunan besama mahasiswa yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam perhimpunan yang sama, Anwar juga akan mengumumkan secara rasmi pemansuhan yuran universiti milik kerajaan PR mulai September mengenai pendidikan percuma sepenuhnya di UNISEL dan juga KUIS iaitu dua pusat pengajian tinggi di bawah kerajaan Selangor seperti yang mana tersiar di laman-laman portal pro-pembangkang sebelum ini.

Satu persoalan disini, kenapa pihak-pihak yang berkenaan seperti UNISEL, langsung seperti tidak mengetahui akan hal ini kerana mendapati surat rasmi yang dihantar kepada bakal pelajar baru UNISEL masih tertera ayat “The university also fully guide students to apply any available scholarship (Yayasan Selangor, Karangkraf, MARA, MyBrain etc.) and to fill on-line PTPTN loan application.”- (para ke-3)



Sekiranya hal yang akan dijanjikan ini benar, takkan pihak UNISEL tidak dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan Selangor untuk memberikan pendidikan percuma di Universiti tersebut?

Bukti ini memberikan gambaran bahawa Pakatan Rakyat seolah-olah seperti cuba menambah lagi janji-janji palsunya seperti yang lepas-lepas. Kononnya apabila PR memerintah, dengan adanya janji ini ia merupakan satu bonus untuk rakyat Malaysia kerana bukan sahaja kos sara hidup dapat diturunkan tetapi segala elaun dan bantuan yang dijanjikan tetap akan dikotakan.

Kalau dah begini bentuknya, nak percaya ke pada Anwar ni?
Setakat nak menabur janji untuk meraih undi simpati pada PRU13 tu, tak payah lah.
Janji yang lepas-lepas pun banyak lagi tak selesai tu....
Ada ke kuasa Anwar di Selangor pada Setember ni nanti? Huhuhuuuu!!!

Sandiwara yang sama akan berulang... Moh kita imbas kembali kesah ini... Saksikan!

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.