#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

15 April 2012

ISU PTPTN (VIDEO): Dah di beri betis nak peha. Tengok la ni!

Sikap kurang ajar yang tak pernah kenang dek untung.
Kerajaan tanggung kadar faedah antara 4 hingga 5 peratus dikenakan PTPTN

Kerajaan membiayai 85 hingga 95 peratus daripada yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) setiap tahun

Malah,kerajaan menanggung kadar faedah antara empat hingga lima peratus setahun yang dikenakan institusi kewangan terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pinjaman pelajar yang disediakannya.

Pada tahun ini saja, kerajaan perlu membayar RM1.09 bilion dalam bentuk kadar faedah, manakala untuk tempoh 2004 hingga 2011, kerajaan akan menanggung kadar faedah sebanyak RM3.62 bilion.

Mengambil contoh, pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM9,000 atau hanya 5.4 peratus saja bagi tempoh lima tahun, berbanding jumlah sebenar kos kursus ialah RM166,000 atau 94.6 peratus yang ditanggung kerajaan.
 
“Begitu juga dengan pelajar kejuruteraan di UKM yang hanya membayar yuran RM5,600 untuk tempoh empat tahun berbanding yuran sebenar pengajiannya RM61,200.
 katanya.

“Jadi, pelajar hanya bayar 9.2 peratus saja, manakala bakinya oleh kerajaan,”

Pelajar juga hanya menggunakan 15 hingga 30 peratus saja pinjaman PTPTN bagi membayar yuran pengajian, manakala 70 hingga 85 peratus lagi adalah untuk kos sara hidup di kampus.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Perdana Himpunan Siswazah Kelantan 1Malaysia di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM di sini, malam tadi.

Saksikan apa pula kesahnya video dibawah ini:

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.