#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

27 February 2015

Bahayanya Gerakan Militan IS - Dr Mashitah Ibrahim


Islam adalah satu agama perdamaian. Ia bukan agama yang menganjurkan keganasan seperti yang dilabelkan oleh orang asing hanya kerana perbuatan segelintir ekstremis yang berkepentingan. 

Malah, semua agama termasuk Islam tidak pernah menganjurkan penganutnya untuk melakukan keganasan.

Malangnya pada hari ini, timbul kumpulan-kumpulan yang menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai, lakukan penculikan, juga memenggal kepala yang mengelarkan diri mereka sebagai pejuang 'IS ( Islamic State )' ataupun 'Daulah Islamiah" dengan membawa matlamat kononnya untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu negara yang diperintah oleh seorang pemimpin politik dan agama cuba berleluasa di merata dunia termasuk Malaysia.


Negara ini turut mengenalpasti wujudnya pengganas-pengganas yang kini menggunakan Islam sebagai asas mereka. Keselamatan negara juga pernah diancam oleh kumpulan yang diketuai Ibrahim Libya di Kedah pada pertengahan tahun 80an. Ini telah disahkan oleh mantan Ketua Polis Negara...DI SINI )

Dalam konteks ini, semua pihak termasuk rakyat, pihak berkuasa, institusi pendidikan, agensi perisikan serta pihak-pihak yang berkaitan tentunya perlu berganding bahu dalam memastikan propaganda serta ideologi ekstrem sebegini tidak betapak di negara ini.

Penegasan serta komitmen oleh kerajaan dalam memerangi ancaman IS seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib amat tepat pada masanya.



Kelmarin, sempat MP menonton sebuah rancangan  "Soal Jawab" diterbitkan oleh TV3 DI SINI ) yang membicarakan tentang tajuk "Jerat IS (Islamic State)". Rancangan yang bersiaran secara langsung itu turut menampilkan dua tokoh berpengetahuan luas diundang sebagai panel iaitu Yang Di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Senator Dr Ashraf Wajdi Dasuki dan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Sepanjang program tersebut pelbagai persoalan dibangkitkan serta pendapat telah diluahkan oleh kedua-dua tokoh undangan. Namun, antara isi penting yang menjadi perhatian dan ingin MP kongsikan disini adalah soalan dimana ianya 
berkaitan dengan penyebab remaja terutamaya wanita terjebak ke dalam "Jerat IS" dengan mengambil contoh remaja perempuan 14 tahun yang hampir terlepas ke Syiria. 

Soalan itu di jawab oleh Datuk Dr Mashitah dengan memberikan 3 sebab kenapa remaja-remaja mudah terjebak dalam kancah "IS (Islamic State)" seperti berikut :

1. Aspek jiwa remaja itu sendiri yang kosong. Ramai yang pergi ke Syiria kerana melihatkan IS menawarkan satu harapan kepada mereka. Remaja-remaja ini perlukan idola dan IS telah memanipulasikan perkara ini. Jiwa remaja yang kosong mudah menjadi terikut-ikut.

2. Faktor tarikan Agama. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam jerat IS terdiri daripada remaja-remaja yang bermasalah yang perlukan bimbingan Agama. Remaja-remaja ini ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Remaja-remaja ini melihat IS sebagai jalan pintas untuk menuju ke syurga.

3. Pengaruh media sosial itu sendiri yang mana tiada remaja-remaja ini tidak diimbangi dengan input-input media sosial yang baik. Lambakan isu IS tidak dimbangi dengan dengan isu-isu positif tentang Islam. Dr Mashitah melahirkan kebimbangan dengan pengaruh media sosial yag mudah diperolehi di hujung jari. Malah beliau menambah, penyaringan maklumat yang negatif tidak sempat ditapis kerana begitu cepatnya penyebaran teknolgi maklumat berkenaan.


Kesimpulannya, Datuk Dr Mashitah berpendapat maklumat media sosial perlu disekat, disaring dan dikawal untuk memastikan penyebaran dakyah IS ini dapat dikawal. 


Dalam pada itu, merangkap sebagai Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) antara tunggak utama didalam memartabatkan pelajar serta pendidikan sekolah-sekolah pondok dalam negara... Datuk Dr. Mashitah turut menyatakan bahawa salah seorang pejuang IS yang telah meninggal dunia datang dari salah satu pondok di Kedah, 

" Ia sangat mengejutkan dan YPPM merasakan ia menjadi satu tanggungjawab...Imej sekolah pondok perlu dihindarkan dari dibabitkan dengan keganasan terutamanya IS. Yang berlaku hanya segelintir kecil sahaja,", jelas beliau.

Usaha YPPM mendekatkan diri dengan semua sekolah-sekolah pondok dengan mendapatkan pandangan mereka dan mendengar permasalahan mereka untuk diselesaikan bersama adalah antara pendekatan yang diambil.


Dalam hal ini juga, MP berpendapat ibu bapa juga boleh memainkan peranan penting dengan memantau kandungan yang cuba dilayari oleh anak-anak mereka di Internet. Langkah ini perlu kerana kebanyakan usaha merekrut pengikut berlangsung di media sosial. Media sosial menjadi medium paling efektif untuk merekrut kerana ia mudah, menjimatkan masa dan berkesan dari segi penyampaian mesejnya.

Selain itu, rakyat digesa supaya tidak terbawa-bawa dengan emosi dengan isu yang cuba dijaja oleh IS. Mereka harus bijak membezakan apa sebenarnya yang betul dan dibenarkan dalam agama. Mereka perlu sedar juga bahawa sebarang perbuatan yang tidak bertanggungjawab hanya akan memberi gambaran negatif kepada agama Islam.

1 comments :

  1. Salam. Blog ini dipautkan ke spotthebloggers.blogspot.com .Mohon email kepada spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TQVM

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.