#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

6 March 2014

#PRKKajang : Anwar semakin buntu. KLIK baca ni!



Anwar Tak Akan Bertanding di Kajang?

PRK Kajang adalah PRK paling kotor dalam sejarah kerana ia diadakan semata-mata untuk memuaskan nafsu Anwar Ibrahim yang gila publisiti.

Ramai melihat PRK Kajang sebagai petanda Anwar panik dan juga buntu dalam menghadapi rayuan kes liwatnya di mahkamah. PRK ini adalah cara terbaik untuk Anwar mengalih perhatian rakyat dari kes tersebut. Di samping itu, PRK Kajang juga boleh dijadikan alasan terbaik untuk Anwar menyalahkan BN sekiranya beliau kalah dalam perbicaraan nanti. Skrip yang dijangka ialah ‘BN telah memastikan Anwar kalah di mahkamah kerana takut beliau menjadi Menteri Besar’.

Perkembangan terbaru mengenai isu air dan juga pergolakan dalaman PKR yang semakin meruncing, membuatkan Anwar semakin buntu.

Anwar menjangka beliau boleh menggunakan sepenuhnya kempen di Kajang untuk meningkatkan sentimen agama dan perkauman melalui isu Kalimah ‘Allah’. Harapan beliau, keadaaan akan semakin buruk menjelang rayuan kes liwatnya. Dijangka, momentum ketegangan akan dipertingkatkan sehingga ke hari keputusan perbicaraan diumumkan.

Malang bagi Anwar kerana rakyat sudah tidak ada masa untuknya. Semua orang sibuk menguruskan masalah masing-masing, terutama masalah air dan juga denggi di Selangor. Malah, Anwar ke mahkamah juga tanpa ditemani ribuan penyokong sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Ramalan bahawa Anwar akan keseorangan di penghujung hidupnya nampaknya kian menjadi nyata.

Namun begitu, ini tidak bermakna Anwar akan berserah dan pasrah sahaja. Kita pasti, Anwar telah bersedia dengan ‘Pelan B’ sekiranya momentum di Kajang tidak meningkat sepertimana yang dirancangnya.

Oleh itu, kita percaya yang Anwar tidak akan bertanding di Kajang. Antara desas-desus yang didengar ialah Anwar akan meletakkan orang yang signifikan juga di Kajang tetapi bukan dirinya.

Tidak tahu apa yang Anwar harapkan dari perancangan ini. Mungkin tiada apa-apa, tetapi sekadar untuk menjaga air muka bagi memperlihatkan beliau masih mampu mengatur langkah. Nurul Izzah dan Wan Azizah adalah antara nama yang disebut untuk menggantikan Anwar di Kajang. Kita tidak pasti bagaimanakah mereka ini akan mampu menjadi pemangkin kepada Anwar untuk ke Putrajaya.

Namun, apa yang pasti ialah Anwar sudah kehabisan langkah. Beliau sudah sampai ke penghujung jalan yang salah, dan kini sedang berdiri di hadapan pintu penjara.

Wan Azizah atau Nurul Izzah mungkin boleh menggunakan platform Kajang untuk meraih simpati terhadap Anwar. Pun begitu, Anwar sendiri tahu bahawa airmata mereka juga sudah tidak berapa laku lagi.

Justeru, kita percaya, seperti juga kita semua, Anwar sendiri tidak tahu apakah perancangannya seterusnya melalui PRK Kajang. Apa yang kita tahu, BN akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat Kajang tidak teraniaya dan pembaziran yang berlaku atas sebab terpaksa melayan kerakusan nafsu politik Anwar dalam PRK ini, tidaklah sia-sia.

ARTIKAL BERKAITAN : KLIKSINI



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.