#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

11 August 2011

KES LIWAT ANWAR: Untuk apa panggil PM? Panggil Ezam!!! Klik, saksi video.




Dah macam - macam spekulasi yang keluar sejak tindakan yang diluar kebiasaan tu 
dilakukan.

Penangguhan kes liwat Anwar Isnin lalu adalah penangguhan kali yang ke-66
dalam perbicaraan kes ini.


Rata - rata semua orang mengakui bahawa Si Ketua Penipu tu hanya mencari alasan.
Tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu 
yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes ini.


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor 
berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat 
Anwar.


"Jika Perdana Menteri dan isteri boleh dipanggil oleh peguam bela untuk menjadi 
saksi jadi mengapa saya tidak boleh dipanggil sebab saya lebih tahu siapa 
sebenarnya Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia,kelmarin.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan pembelaan
kes liwat Anwar untuk menemu ramah kesemua 15 saksi termasuk Perdana Menteri 
dan isteri.


Bagaimanapun, temu ramah itu tertakluk kepada persetujuan saksi-saksi terbabit.
Mohamad Ezam berkata, mahkamah adalah medan untuk menjawab segala fitnah 
bahawa beliau dan rakan-rakan lain tinggalkan Anwar kerana habuan, sebaliknya
Anwar ditinggalkan oleh mereka kerana haram berketuakan seorang peliwat.


Lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi saksi 
kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful 
Bukhari Azlan.


Termasuklah bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju 
menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah 
pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya.


"Maka sebab itu Anwar mahu Perdana Menteri dan isteri menjadi saksi supaya beliau 
boleh politikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara seterusnya 
memburuk-burukkan sistem kehakiman negara," katanya.




1 comments :

  1. SALAM

    KATANYA PM & ISTERI DATANG JUST NAK BAGI TAHU PEGUAM ANWAR YG BELIAU TAK MAHU DITEMUBUAL OLEH PEGUAM DALAM KES LIWAT ANWAR.

    BERANI APA MACAM TU, NI BERANI DATANG TAK NAK MAHU BAGI TEMUBUAL.

    APALAH NASIB DAPAT PM MACAM NI.

    PM KU KAU KENA BERANI KALAU NAK DEPAN DGN ANWAR.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.