#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

14 August 2011

Larangan pembesar suara waktu subuh: Apa pendirian Nik Aziz? Klik baca sini


Pelbagai pendapat dapat kita dengar mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau di negeri itu.

Hari ini, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.

Dia juga berkata, perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh.

"Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit,” katanya kepada pemberita hari ini.

Persoalan Kawan, 
Adakah baru hari ini Nik Aziz sedar tentang hal ini. Kelantan sebuah negeri yang di tadbir PAS dan sentiasa melaungkan prinsip berpolitik teguh terhadap undang-undang Islam... Adakah tindakkan seperti ini ada dilakukan? 

2 comments :

  1. Mengapa Datuk Nik Aziz tak Larang penceramah bertakzirah dengan kuat di masjid di Kelantan sehingga dapat didengari lebih satu km redius. Mengapa Datuk Nik Aziz tak larang bacaan Qur'an dari qari atau pemain audio dimasjid yang bergema disekeliling masjid di setiap subuh hingga menggegarkan rumah disekeliling masjid? Alih-alih bila negeri di bawah kafir melarang bacaan Qur'an menggunakan pembesar suara, Datuk Nik Aziz bersetuju pula dengan larangan tersebut. Islam jenis apa ni. Dah lah di negara Cina kerajaan kafir melarang umat Islam berpuasa. Sudahlah di negara pulau yang dulunya adalah kepunyaan Melayu/Islam kini di rampas kafir iatu Singapura yang melarang umat Islam dari menguatkan laungan azan dan bacaan Qur'an, kini seorang pemimpin merangkap guru agama di Malaysia pula setuju dengan larangan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara disebuah negeri yang menjadi sebahagian dari negara Malaysia dimana agama rasminya adalah agama islam. Sudahlah orang kafir menentang Islam. Kini pemerintah Islam sendiri pun turut menyokong kerajaan negeri kafir menekan Islam. Siapa lagi yang Melayu/Islam nak bergantung. UMNO memperjuangkan Islam dikatakannya kafir menolak islam. Yang Islam terang-terang menyokong kafir memerangi Islam macammana?

    ReplyDelete
  2. Kes murtad kat selangor tak mau masuk campur...kat penang dok kalut buat apa. Sah dah nyanyuk.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.