#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

2 May 2012

BERSIH 3.0 berakhir! Kemana perginya gadis dan mangsa itu?



Perhimpunan Aman Para Syaitan


BERSIH 3.0 berakhir sudah, meninggalkan DBKL membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan mereka, meninggalkan beberapa anggota polis di hospital, meninggalkan peniaga dalam kemarahan, pelancong dalam kejutan dan rakyat yang naïf di dalam kekecewaan setelah menyedari bahawa BERSIH adalah sebenarnya begitu jijik sekali.



Ia juga menyebabkan rakyat yang rasional semakin menolak pembangkang, rakyat di atas pagar kembali meyakini BN sementara penyokong pembangkang terus dibuai mimpi dalam dunia mereka sendiri. Pemimpin mereka, bagaimanapun, terpaksa berlakon menafikan kegagalan bagi menyembunyikan rasa malu.

Untuk itu, mereka perlu menipu diri sendiri dan juga penyokong dan penipuan mereka juga menunjukkan yang mereka tidak sepakat. Apabila ditanya mengenai jumlah peserta demonstrasi, Malaysiakini, Harakah, Anwar dan Ambiga masing-masing memetik angka yang berbeza antara satu sama lain dalam jumlah ratusan ribu.

Apa yang mampu mereka lakukan kini hanyalah menyalahkan BN, kerajaan, pihak polis dan segala-galanya. Kerana itu, inilah saja yang dapat diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar apabila disoal mengenai kerosakan yang dilakukannya:



“Kita tidak akan tergugat dengan penipuan yang berterusan yang dibuat oleh media kawalan UMNO. Ini adalah tindakan biasa bagi sebuah rejim kukubesi. Kumpulan yang tidak bersalah, mangsa penindasan, kini dilihat sebagai penjenayah.

Seperti juga ketika pemerintahan Hitler, Stalin dan pemerintahan diktator di Myanmar tempoh hari, mereka yang memberontak dirujuk sebagai penjenayah, penindas adalah bersih dari apa jua tuduhan,” – The Malaysian Insider -

Mungkin Anwar sememangnya tidak tahu sejarah atau sudah lupa seperti mana beliau lupa banyak perkara akhir-akhir ini. Ini adalah apa yang diperkatakan sejarah berkenaan Stalin: Salah seorang diktator dan pembunuh paling berkuasa dalam sejarah, Stalin adalah pemerintah Soviet Union selama suku abad.

Rejimnya yang ganas telah menyebabkan kematian dan penderitaan terhadap berpuluh juta orang. Dan Hitler direkodkan sebagai antara orang paling kejam dalam sejarah.

Beliau bertanggungjawab memulakan Perang Dunia ke2 dan membunuh lebih 11 juta orang dalam Holocaust. Membandingkan UMNO atau Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri kita dengan Hitler dan Stalin menunjukkan yang Anwar sudah terlalu hampir hilang kewarasan. Dato’ Seri Najib tidak pernah membunuh sesiapa, beliau bukanlah seorang pemimpin yang kasar jauh sekali seorang diktator.

Beliau mendengar suara rakyat, prihatin terhadap kita semua, berkhidmat untuk kita dan menghulurkan bantuan dan sokongan melalui berbagai program transformasinya. Apabila Anwar ingin mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0, beliau menawarkan stadium untuk memastikan keamanan dan keselamatan semua pihak termasuk atau terutamanya, pihak peserta.

Apabila Anwar memilih untuk menentang undang-undang dan membawa peserta ke jalanan, Dato’ Seri Najib menyediakan lebih seratus tenaga pasukan perubatan, sebagai persediaan andainya keadaan menjadi buruk.

Justeru, satu-satunya penjelasan kenapa Anwar melihat Dato’ Seri Najib sebagai sama dengan Hitler atau Stalin ialah beliau pastinya sedang berhalunisasi.

Mungkin perasaan malu yang tidak terhingga kerana gagal mendapatkan angka yang wajar dalam BERSIH 3.0, serta tekanan dari siri pendedahan berterusan mengenai skandalnya, yang menjadi pencetus ketidakwarasan tersebut.




Hitler dan Stalin adalah pemimpin dari dunia ‘gelap’. Seperti juga mana-mana pemimpin dari dunia itu, contohnya mafia, samseng, gangster, yakuza atau apa saja gelaran mereka, terkenal dengan kesanggupan mengorbankan dan membunuh orang mereka sendiri dengan kejam apabila perlu.

Di dunia mereka, mereka tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang selain dari undang-undang ciptaan mereka. Tetapi, pemimpin dari pihak yang baik, seperti tentera atau polis, tidak akan sekali-kali merisikokan nyawa anggota tanpa sebab yang benar-benar munasabah.

Dalam apa jua keadaan mereka tidak akan sekali-kali meninggalkan walaupun seorang anggota dalam bahaya. Pemimpin dari pihak yang baik perlu berhadapan dengan undang-undang jika sengaja merisikokan nyawa anggotanya.

Justeru, di pihak manakah boleh kita kategorikan pemimpin-pemimpin BERSIH? Apakah mereka di pihak jahat dari dunia gelap atau di pihak yang baik?

Pemimpin-pemimpin BERSIH – Anwar dan Ambiga telah diberikan pilihan dua stadium untuk mengadakan Protes Duduk Bantah di mana keselamatan dan keamanan terjamin.

Tetapi apakah mereka bersetuju menerima tawaran yang murni itu? Tidak. Apakah para peserta demonstrasi benar-benar ‘duduk’ seperti yang mereka janjikan? Tidak.

Apakah mereka berjalan dengan aman ke arah kawasan larangan iaitu Dataran Merdeka? Tidak.






Sebaliknya, Anwar dan Ambiga telah dengan sengajanya meletakkan penyokong-penyokong mereka dalam risiko tercedera atau mungkin kehilangan nyawa dengan menolak tawaran untuk berdemonstrasi di dalam stadium, dengan tidak ‘duduk’ seperti yang dijanjikan, dengan berarak secara ganas dan dengan menyeru supaya mereka bertindak menceroboh Dataran Merdeka.

Apakah perlunya untuk mereka menceroboh kawasan larangan jika mereka sekadar menuntut pilihanraya bersih? Apakah mereka benar-benar percaya bahawa dengan terlibat dalam pertempuran dengan polis, cedera, membunuh atau terbunuh maka barulah mereka akan mendapat sebuah pilihanraya yang bersih bersinar-sinar?

Hakikatnya, pilihanraya di negara ini adalah cukup bersih dan itulah sebenarnya masalah Anwar. Beliau enggan melalui proses pilihanraya dan ingin merampas kuasa melalui jalan belakang. Malangnya beliau tidak dapat mengumpulkan secukupnya jumlah manusia yang cukup jahat, dungu dan gila yang sanggup berkorban untuknya. Dan kerana itu, rampasan kuasa tidak berlaku.

Untuk itu, kita mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dato’ Seri Najib atas apa yang dilakukan beliau dalam memastikan kita selamat dari keganasan peserta demo BERSIH. Dan kita tidak dapat menggambarkan betapa terhutang budinya kita kepada pihak polis yang sanggup berkorban demi keamanan kita yang diancam oleh penyokong Anwar Ibrahim.

Kesudahannya, siapa yang kelihatan lebih menepati sifat Stalin atau Hitler di sini? Siapa yang sanggup mengorbankan orang-orangnya sendiri, iaitu peserta demonstrasi yang merupakan penyokongnya, untuk mendapatkan apa yang dihajati? 
Tidak lain tidak bukan, orangnya ialah Anwar ‘Hitler’ Ibrahim. 


 Video Perhimpunan Bersih 3.0 
( Ditayang oleh Ketua Polis Negara )
Inikah yang dikatakan AMAN!!!


PAKATAN RAKYAT MAHU HANCURKAN MALAYSIA
Kejadian mencederakan anggota polis serta merosakkan kereta peronda oleh perusuh Bersih 3.0, Sabtu lalu, telah menyerlahkan wajah sebenar penganjur perhimpunan haram tersebut.

Lebih-lebih lagi ia mendedahkan agenda sebenar pihak pembangkang yang menjadi dalang rusuhan jalanan yang kononnya untuk menuntut pilihanraya adil dan bersih.

Agenda utama pembangkang tidak lain tidak bukan pada hari itu ialah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih secara sah oleh rakyat.

Melihat kepada keadaan sekitar Kuala Lumpur selepas rusuhan oleh peserta Bersih yang mengganas dan bertindak di luar tata susila sebuah masyarakat yang bertamadun yang hidup di dalam sebuah negara yang berdaulat, menjurus rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah ini bentuk pemerintahan sekiranya pembangkang berkuasa?

Pembangkang terutama ketuanya, Anwar Ibrahim menaruh penuh keyakinan bahawa dunia akan menyokong perjuangan mereka.

Tetapi melihat apa yang telah dilakukan oleh peserta Bersih, besar kemungkinan masyarakat antarabangsa yang bencikan keganasan akan turut melabelkan Bersih dan pembangkang sebagai golongan perosak dan penganas.

Daripada keyakinan memburuk-buruk kerajaan Malaysia kini Anwar dan kuncu-kuncunya menerima bahana kutukan dan cacian rakyat yang melihat betapa ganasnya peserta Bersih pada hari Sabtu lalu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan penganjur Bersih, Ambiga Sreenevasen telah menipu pihak berkuasa dengan berjanji bahawa perhimpunan mereka adalah aman dan berhemah.

Sebaliknya, apa yang berlaku peserta Bersih bertindak ganas seperti orang hilang akal dan melanggar setiap janji yang mereka lafazkan.

Tidak ada duduk dan babtah seperti yang dijanjikan, malah penyokong pembangkang merusuh dan merempuh hadangan di Dataran Merdeka.

Pihak polis memberi arahan tidak ada sebarang perarakan diadakan, tetapi apa yang berlaku Ambiga memberi arahan supaya peserta Bersih bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

Apatah lagi apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan lantang membakar hari penyokongnya supaya merempuh dan masuk ke Dataran Merdeka secara ganas.

Hati rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu tergurus apabila melihat anak-anal muda Melayu yang sepatutnya menjadi generasi harapan bangsa, bertindak memukul anggota polis yang sebangsa dengan mereka tanpa belas kasihan.

Dalam pertembungan perusuh dengan pihak keselamatan, pihak yang menangguk di air keruh ialah DAP.

Melihat kepada kehadiran mendadak kaum Cina pada perhimpunan haram kali ini berbanding dengan Bersih 2.0 pada Julai tahun lalu, bolehlah dikatakan DAP dan penyokong-penyokong Cina telah berjaya memperbodohkan pemimpin-pemimpin Melayu dari PKR dan PAS untuk menjaakan agenda licik mereka.

Orang Cina kini yakin mereka mampu menumbangkan kerajaan BN hasil sokongan membabi buta dan persengkokolan PKR dan PAS.

DAP hanya menunjukkan sokongan kepada PKR dan PAS di dalam Pakatan Rakyat kerana mahukan kuasa ang lebih besar setelah berjaya menawan Pulau Pinang.

Agenda pertama DAP jika mereka berkuasa di Malaysia ialah untuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu yang menjadi pelindung dan tunggak kedaulatan bangsa Melayu di bumi bertuah ini.

Seterusnya DAP mahu memansuhkan apa jua institusi yang ada kaitan dan kepentingan Melayu dalam semua bidang seperti MARA, UiTM, MRSM, PNS, PUNB, Tekun dan sebagainya.

Anwar akan membenarkan perkara ini berlaku kerana inilah syarat utama sokongan DAP kepadanya.

Yang penting bagi Anwar ialah memastikan agenda Zionis-Yahudi dilaksanakan dengan jayanya di Malaysia tanpa memperdulikan hidup mati bangsa Melayu.

Kerajaan dan pihak polis menunjukkan sikap cukup berlembut kepada peserta Bersih sehinggalah mereka sendiri bertindak di luar batas undang-undang.

Anwar, Ambiga dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain wajib dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas rusuhan yang berlaku.

Kini Ambiga tidak menolak kemungkinan terus mengadakan perhimpunan haram selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Bak kata peribahasa Melayu, pembangkang sudah 'banyak lemak' dan kini sudah tiba masa untuk bertindak tegas terhadap mereka sebelum negara terjerumus dalam kancah kehancuran.



Ambiga Penipu
Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga telah memberi jaminan bahawa penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 TIDAK AKAN memasuki Dataran Merdeka. Sebaliknya hanya akan duduk berhimpun ditempat yang telah dirancangkan, sepertimana syarat yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan.

Tetapi apa yang berlaku hari ini membuktikan bahawa Ambiga adalah seorang penipu besar. Seorang manusia yang tidak boleh dipercayai, seorang kaki belit selain pengkhianat kerana usahanya yang tanpa henti untuk mengsabotaj ekonomi negara sendiri terutama dari segi pelancongan dan pelaburan.

Walaupun menjanjikan himpunan aman tetapi perhimpunan yang berlaku hari ini sememangnya menjurus kepada keadaan tidak aman. Malah, peserta demo sejak dari semalam telah melakukan berbagai-bagai helah untuk mencabar polis. Mereka mengepung dan mengetuk-ngetuk kereta polis, merempuh halangan polis di KLCC, mengingkari arahan dan akhirnya tetap menceroboh Dataran Merdeka.

Semuanya dengan niat untuk mengumpan polis melakukan keganasan terhadap mereka.

Di jalanan, mereka juga berkejar-kejar ke sana ke mari membuat kecoh sedangkan Ambiga menjanjikan satu demonstrasi ‘duduk’ bukannya ‘berlari’.

Justeru, apakah manusia seperti Ambiga ini boleh diambil kira pandangannya? Iaitu seorang penipu, kalaupun tidak seorang yang lemah kerana tidak mampu menyampaikan arahan yang tepat kepada pengikutnya? Atau apakah pengikutnya sememangnya jenis samseng semuanya yang tidak mendengar arahan polis mahupun arahan dari ketua mereka sendiri?

Atas dasar apa kerajaan atau SPR perlu mendengar segala tuntutan Ambiga? Sedangkan hari ini sekali lagi terbukti bahawa beliau adalah tidak lebih daripada seorang manusia yang tiada kredibiliti kerana cakapnya hanyalah cakap kosong dan janjinya adalah janji palsu.

Manusia jika tidak dapat dipegang pada janji, pada apa lagi hendak dinilai dirinya?

Itulah Ambiga, kononnya dewi srikandi yang berani dan berintegriti tetapi rupa-ranya hanyalah seorang penipu tahap dewi.

Anwar, Azmin Arah Peserta Demo Gempur Penghadang Polis

Sehingga kini Anwar dan Azmin masih enggan mengakui yang mereka berdua terbabit secara langsung mempengaruhi peserta demonstrasi Bersih 3.0 supaya merempuh benteng yang didirikan oleh pihak polis.

Bagaimanapun mengikut beberapa laporan keadaan sebenar sebelum berlakunya rusuhan jelas menunjukkan Anwar dan Azmin adalah dalang utama disebalik keganasan yang berlaku.

Menurut laporan MStar Online, Anwar dalam ucapannya kepada peserta demo Bersih 3.0 di Masjid Negara telah menyeru secara terbuka supaya peserta demo membebaskan Dataran Merdeka.

Manakala dari satu rakaman video di Youtube, Anwar dan Azmin dilihat berbalas isyarat diikuti dengan laungan, "masuk", "masuk" yang kemudiannya selepas itu menyaksikan rempuhan dimulakan dan suasana perhimpunan mula menjadi kelam kabut.


Bila berlaku rusuhan dalam perhimpunan anjuran mereka tiap kali itulah Anwar dan pemimpin pembangkang akan mencari kambing hitam untuk dipersalahkan. Kerapkali mereka menuding jari kononnya ada 'agen provokator' ataupun melepaskan beban kesalahan terus ke bahu pihak polis. Walhal tukang provok yang sebenarnya ialah Anwar dan Azmin.

Mahkamah telahpun mengeluarkan perintah larangan memasuki Dataran Merdeka, jadi apa perlunya untuk Anwar menghasut rakyat melanggar undang-undang?

Sebagai pemimpin politik, Anwar dan Azmin tidak wajar menunjukkan contoh yang buruk terhadap rakyat tapi jika begini sikap Anwar usahlah berharap untuk menawan hati pengundi. Undi tidak bertambah melalui perhimpunan dan rusuhan sebaliknya yang berlaku rakyat makin meluat dengan pembangkang.

Apa Dosa Azri?


Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya, TV Al Hijrah.
 
Kelmarin, sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau ‘footage’ yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan.

Dia bukan orang UMNO, dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi.

Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3.

Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik, bukan program bercorak retorik.

Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya. Dengan disaksikan kedua matanya sendiri, seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu.

Ketika itu anggota polis berkenaan berada di dalam kereta pasukan.

Azri tahu yang dia harus berbuat sesuatu, bukan kerana anggota itu orang kerajaan, tetapi kerana yang dipukul itu adalah orang yang seagama dan sebangsa dengannya.

Lebih dari itu, Azri tahu, anggota itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kalau pun dia berdosa mungkin kerana dia memilih untuk menjadi ‘anjing kerajaan’ – terma yang sering dirujuk oleh penyokong pembangkang kepada pegawai atau anggota PDRM.

Lalu Azri cuba merayu agar tidak diapa-apakan anggota itu memandang dia hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis dan tidak lebih dari itu.

Malangnya, bukan saja rayuan itu tidak diendahkan, malah Azri juga telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh 20 hingga 30 orang penyokong Bersih 3.0 yang sedang ‘naik hantu’.

Azri menjerit kesakitan. Kepalanya berlumuran darah, namun semua itu tidak diendahkan, bahkan pukulan yang diterimanya lagi teruk daripada apa yang terjadi pada anggota polis itu.

Puas dia merayu, puas dia memohon simpati tetapi apa yang dapat hanyalah sepak terajang insan-insan yang kononnya ‘BERSIH’.

Selepas puas dibelasah, Azri hanya dibiarkan sendiri menanggung kesakitan di lantai pusat membeli-belah itu sebelum diselamatkan.

Ketika artikel ini ditulis, Azri sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Saksikan video kejadian Azri di belasah perusuh Bersih 3.0




0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.