Amboi! Mesranya pasangan 'Katak Hijau' ni... Hehehee!!! |
ABU Bakar Haron (kiri) dipeluk Mohd. Zain Jusoh yang merupakan
Imam Masjid Chini Timur 2 dan AJK Pas cawangan Chini di Felda Chini Timur 3 selepas majlis penyampaian cek durian runtuh Felda bagi fasa pertama di Dewan Orang Ramai Felda Chini Timur 3, di Pekan, kelmarin.
Mohd. Zain Jusoh, peneroka dari rancangan Felda Chini Timur 2 dan Othman Abd. Ghani, 59, dari Chini Timur 3 dikenali sebagai 'orang kuat' PAS dan mereka turut mempunyai jawatan di peringkat cawangan masing-masing.
Saat-saat menarik itu berlaku selepas majlis penyampaian cek berkenaan di Dewan Orang Ramai Chini Timur 3 apabila Mohd. Zain secara tiba-tiba datang ke arah Abu Bakar dan terus memeluk erat ADUN Chini berkenaan.
Namun hari ini kedua-duanya adalah orang yang paling erat memeluk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Haron walaupun mereka berbeza fahaman politik.
Inilah Cek Bayaran Insentif Khas Penyenaraian FGVH yang diterima Peneroka FELDA |
Segalanya disebabkan pemberian cek durian runtuh RM5,000 sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) yang disampaikan Abu Bakar kepada Mohd. Zain dan Othman bersama 3,348 ketua isi rumah di Gugusan Felda Chini.
Saat-saat menarik itu berlaku selepas majlis penyampaian cek berkenaan di Dewan Orang Ramai Chini Timur 3 apabila Mohd. Zain secara tiba-tiba datang ke arah Abu Bakar dan terus memeluk erat ADUN Chini berkenaan.
Terdahulu, Othman yang merupakan 'orang kuat' Unit Amal Pas di Pekan turut memeluk Abu Bakar sambil mengucapkan syukur dan terima kasih atas pemberian durian runtuh itu yang diberikan kepada semua peneroka Felda termasuk penyokong Pas sepertinya.
Abu Bakar pula dalam reaksi spontannya kepada Othman mengingatkan peneroka itu bahawa Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang adil kepada semua termasuk penyokong pembangkang.
Walaupun hanya menyambutnya dengan senyum simpul, Othman menganggukkan kepala sambil berseloroh mengatakan walaupun dia merupakan orang kuat Pas namun tetap bersama Abu Bakar.
Selain mereka berdua, turut hadir menerima cek pemberian durian runtuh pada majlis itu hari ini ialah Naib Ketua 1 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pekan, Jamaludin Shariff, 63.
Ironinya, beliau bukan sahaja pemimpin pembangkang di Pekan tetapi Jamaludin adalah penggerak utama di sebalik tindakan 770 peneroka di Gugusan Felda Chini yang memfailkan saman atas dakwaan Felda melakukan manipulasi terhadap Kadar Perahan Gred (KPG) buah kelapa sawit di Mahkamah Sesyen Kuantan, 26 April lalu.
Jamaludin yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, dia dan rakan-rakannya yang lain tidak perlu berasa malu kerana wang tersebut adalah hasil titik peluh mereka sebagai peneroka sejak 30 tahun lalu.
"Bagaimanapun sebagai warga Felda, saya bersyukur atas pemberian durian runtuh ini kerana ia merupakan pemberian terbesar dalam sejarah sebagai peneroka.
"Usaha kerajaan seperti ini merupakan satu pemberian yang boleh dianggap sebagai contoh dalam menghargai keringat peneroka selama ini," katanya.
Pemberian durian runtuh fasa pertama untuk ketua keluarga peneroka di Felda Gugusan Chini itu melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM16.75 juta.
Sementara itu, peneroka Felda Chini Timur 2, Razali Haron, 55, berkata, rakan peneroka yang memfailkan saman kepada Felda seharusnya mengkaji perkara itu sebelum membuat sebarang tindakan.
"Renunglah kembali kesusahan selama ini dan siapa yang membantu kita sehingga berjaya seperti hari ini, jika bukan Felda. Sekarang kita mampu memiliki kereta dan rumah banglo sedangkan dahulu motosikal pun belum tentu," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia Online.
Sumber: Utusan Malaysia Online.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata MP:
Terkilan dengan tindakan segelintir peneroka yang begitu mudah terpedaya, sampai menyaman Felda kerana termakan dengan kata-kata hasutan... Terpegun dek buruk sangka pembangkang pada segala usaha baik kerajaan untuk mensejahterakan rakyat.
Peringatan ini Allah abadikan dalam ayatnya bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan
kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap suatu kaum
itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana
sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.
Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa
yang kamu lakukan”. (Al-Maidah : 8 )
Untuk renungan selanjutnya klik link dibawah ini:
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. Terima kasih FELDA.
ReplyDeletePAS & UMNO UNITY GOVERNMENT
ReplyDeleteThe best terms for a unity government is that PAS chief must be the PM and UMNO the deputy, All MB must be held by PAS other than Penang; and the MACC revamped and the AG sacked and be replaced by an independent man. And all corruption cases be instituted against all those who are responsible whether they are from UMNO, MCA, MIC, PAS, PKR, DAP, JATI, PERKASA ETC. Also that MCA & MIC be disbanded and incorporated into DAP.
This will help Malay unity and the country as a whole.
( KUALA TERENGGANU, May 19 — PAS'spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has suggested that its proposed 'muzakarah' (talks) with Umno be held before the upcoming 13th general election.
However, Nik Aziz, who is also Kelantan Menteri Besar, stressed that Umno would have to meet several conditions that would be determined by PAS if the two parties wanted to engage in consensus building towards achieving unity.
"If Umno wants to unite with PAS, it must change its policies whereby Islam must come first. It must not be the decision of one person but an official decision of the party.
"Umno must accept PAS together with its Pakatan (opposition) partners. When Umno has changed its stand (policy), it must join Pakatan," Nik Aziz (picture) told reporters after opening Kuala Terengganu PAS' annual general meeting in Kuala Ibai near here today.
He said this when asked about PAS' willingness to hold talks with Umno to start the unification process, particularly uniting the Muslims in the country.
On Wednesday, Nik Aziz had said that PAS was willing hold talks with any party including Umno or non-governmental organisations in futherance of uniting Muslims in the country. — Bernama )